Connect with us

Hiburan

“Azizan Osman Pakar ‘Air Liur’ Dan Bukanlah Sifu Pemasaran,” – Aliff Ahmad

Published

on

 

Seorang individu yang dikenali sebagai Aliff Ahmad III berkongsi di laman Facebooknya tentang apa yang ditemuinya mengenai “sifu marketing” yang penuh kontroversi iaitu Azizan Osman.

Adakah Azizan Osman seorang sifu marketing yang berjaya?

Menurutnya seseorang yang ingin mengajar tentang ilmu pemasaran perlulah mempunyai pengalaman atau ‘track record’ kejayaannya sendiri di dalam perniagaan. Sekiranya tiada, maka apakah yang ingin disampaikan kepada peserta yang menghadiri kelas atau ceramahnya?

Produk Jajan Jijan gagal di pasaran

Aliff Ahmad turut berkongsi mengenai produk keluaran syarikat Azizan Osman melalui ABC Worldwide Trading Sdn. Bhd. iaitu Jajan Jijan. Secara logiknya pastilah produk ini berjaya kerana ianya milik “mahaguru’ pakar pemasaran.

Namun setelah diselidik melalui laman web Interepo, memeranjatkan produk itu ternyata gagal akibat tiada ciri-ciri pemasaran yang baik.

Jika dilihat secara luarannya, produk itu juga tidak menampilkan sebarang elemen yang menarik dan kreatif di dalam pembungkusannya.

“Syarikat tersebut telah rugi dengan retain earning juga negatif. Oh ya, ia sudah dormant juga. Paid up modal juga sekadar RM2. Jadi aku consider product dan syarikat ini adalah gagal.”

Jadi apa sebenarnya kepakaran Azizan Osman?

Menurut Aliff Ahmad, Dia melihat kepakaran Azizan Osman adalah mengajar individu lain cara untuk membuat kelas. Itulah merupakan fortenya.

Katanya lagi sesiapa yang ingin belajar dengan Azizan Osman, pastikan perniagaan yang ingin diceburi adalah bidang berkata-kata atau “air liur”.

“Jadi aku simpulkan, Azizan Osman ialah pemegang PhD palsu paling banyak di Malaysia dan seorang guru pemasaran kelas bisnes yang berjaya.”

Aliff Ahmad menegaskan bahawa Azizan Osman bukanlah seorang pakar pemasaran dan bukan juga guru pemasaran produk yang berjaya.

“Dia hanya pandai jual KELAS!”

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: fb via amazingnara

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Trending