Connect with us

Hiburan

[VIDEO] Ditudvh Resort Samp4h! Aliff Syukri Dedah Bukti Perangai Sebenar Pelanggan Tersebut

Published

on

Usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri tampil memberi penjelasan mengenai aduan seorang pelanggan yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan disediakan di tempat penginapan miliknya.

Aliff Syukri menerusi posting di Instagram (IG), memuat naik rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan sekumpulan pengunjung yang tidak menjaga etika ketika mengunjungi Sugeh Hill Resort yang terletak di Janda Baik, baru-baru ini.

Menerusi rakaman CCTV tersebut, Aliff Syukri mend4kwa keluarga pemuda yang menularkan tentang rumah rehatnya itu tidak menjaga etika dan adab ketika berada di sana.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Dating with sekejap dgn @shahidadherbs hari ni dia pau belia hadiah aniverseri ❤️❤️

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

 

Antara yang dipaparkan ialah beberapa orang kanak-kanak berlari di kawasan lobi, bermain tali skipping dan bola sepak termasuk makan di ruangan tersebut.

Menurut Aliff Syukri, lobi bukanlah tempat yang sesuai untuk melakukan semua aktiviti tersebut dan mengucapkan terima kasih kerana menegur kelemahan pihak pengurusan Sugeh Hill Resort.

Dalam pada itu, Aliff Syukri turut memberitahu pekerja di tempat penginapan tersebut telah menegur keluarga berkenaan namun dibalas dengan kata-kata k3s4t oleh mereka.

“Assalamualaikum, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih ke atas komen untuk resort saya dan ingin saya maklumkan resort saya ini baru beroperasi dalam beberapa bulan sahaja.

“Di sini saya ingin kongsikan juga keadaan sebenar yang berlaku. Di sini kita lihat etika yang kurang manis apabila kanak-kanak dibiarkan berlari-lari bermain di belakang kaunter, makan di lobi saya.

“Kan sudah disediakan kafe, tempat bermain seperti padang dan ruang legar yang lebih sesuai. Dan saya rasa baring, makan bawak periuk tidak sesuai dilakukan di lobi.

“Anda lihat sendiri seorang wanita bermain skipping di lobi saya dan kami sudah memaklumkan ini bukan tempat permainan.

“Kerusi sofa semua dialihkan tanpa meminta kebenaran kami. Secara jujurnya sukar untuk saya ungkapkan tetapi bila dah jadi macam ni saya terpaksa juga berkongsi tentang kumpulan ini yang mereka buat lobi seperti rumah mereka.

“Yang paling menyedihkan siap main bola sepak ya…Siap masuk ke ruangan kaunter utama saya…,” katanya k3sal.

Dalam pada itu, Aliff Syukri turut merakam komen beberapa penginap di rumah rehat beliau dan rata-ratanya berpuas hati dengan perkhidmatan diberikan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Terima kasih kepada pihak family tuan yg memviralkan @sugehhillresortjandabaik kami yg x pasti kesahihanya.. apa pun sy nak ucapkan terima kasih kerana menginap di resort saya di kampung janda baik… iaitu eco resort bukan hotel 5 bintang sbb tu harga bilik di sini serendah rm175..dan mereka bercuti selama 3hari di sini dgn jayanya…terlebih dahulu saya ingin memohon maaf jika byk kekurangan dari pihak kami kepada tuan…. . Utk makluman tuan kami @sugehhillresortjandabaik ada peti cadangan utk komen pelanggan kami.. dan kami sedar akan kekurangan kami dan kami akan megambil mana2 nasihat yg kami rasakan baik bagi kami utk kami perbaiki resort kami.. . Utk makluman pihak tuan,semasa kejadian saya tiada di sana…jika tuan maklum mmg kebiasaannya saya berada di sana utk memantau keadaan di sana terutama memastikan pelanggan berada dlm keadaan baik. . Berkenaan isu air di Lobi,utk pengetahuan Tuan,kami mmg tidak menyediakan air di Lobby sebelum ini,tapi memandangkan keadaan pelanggan yg ramai di sana terutama yg ingin bertanya dan utk check in bilik kami sediakan minuman bagi pelanggan yg dahaga…Untuk pengetahuan Tuan,ketika itu,kami telahpun dlm proses memasang Penapis Air dan ketika ini pemasangan tersebut telah pun berlaku dan tiada lagi air begitu disana melainkan menggunakan penapis air dan jika tuan ke sana telah adapun dipasang penapis Air Cuckoo sejak 2 minggu yg lalu di Lobi . Yang kedua,isu takut anak terjatuh bermain Di Lobby,saya rasa tuan juga maklum bahawa lobi bukan lah ruangan utk berlari atau bermain…di sana adalah ruangan menunggu…tetapi keluarga tuan telahpun bermain bola,makan beramai2 di lobi….baring dia atas sofa dan mengalihkan2 perabot dari tempat asal walhal lobi bukan bertujuan utk aktiviti berkeluarga…..dan juga pihak tuan sendiri membiarkan anak2 kecil bermain di sana…Staff kami warganegara indonesia ada juga menegur tetapi dibalas dgn kata2 kesat oleh pihak keluarga tuan dgn kata2 spt berikut’Orang Indonesia tak layak tegur orang Malaysia dan nanti saya bunuh kamu dan campak Ke laut’…Begitu juga pihak keluarga tuan telah menempah kambing Aqiqah di kawasan kolam renang tanpa kebenara kami..

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Terdahulu seorang atlet ‘freerunner’ profesional, Abudi Alsagoff mend4kwa menerima ugutan selepas mengkritik tempat penginapan milik seorang usahawan kosmetik terkenal yang bergelar Datuk.

Perkara berkenaan dikongsi Abudi menerusi sebuah posting di Facebooknya.

Menurutnya, kejadian berlaku ketika dia bersama keluarganya bercuti ke penginapan tersebut baru-baru ini.

Sumber : GEMPAK

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Trending