Connect with us

Hiburan

“Sebagai Seorang Mak, Hati Mana Tak Remvk…”- Lisa Surihani

Published

on

Pelakon Lisa Surihani akui memahami perasaan ibu yang hatinya remuk bila amanah yang diberikan untuk menjaga anaknya dih4ncurkan.

Mengulas mengenai drama Pelindung Seorang Puteri, Lisa terk3san melihat mata sayu pelakon Wan Norazlin yang memegang watak sebagai ibunya.

“Sebagai seorang mak, hati mana tidak remvk, berkecai bila dapat tahu amanah yang diberi kepada seseorang untuk dijaga, dibimbing dan disayangi , diperlaku sebegini.

“Saya terk3san dengan mata Mak (Wan Norazlin) yang tajam memandang besan dia. Her message is loud and clear through her eyes,” katanya.

Lisa berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, Lisa memuat naik sedutan babak dalam drama arahan Yusry Abdul Halim yang menghiasi slot Megadrama serta ditayangkan secara eksklusif di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sebagai seorang Mak, hati mana tidak remuk, berkecai bila dapat tahu amanah yang diberi kepada seseorang untuk dijaga, dibimbing dan disayangi , diperlaku sebegini. Saya terkesan dgn mata Mak @wannorazlin_307 yang tajam memandang besan dia. Her message is loud and clear through her eyes. #pelindungseorangputeri . Terbitan @suhanmovies @iamrosyam . Arahan @yusryabdhalim . Dibintangi oleh: @lisasurihani @faridkamilz @sharnaazahmad @haleedamazlin @arashmohd30 @wannorazlin_307 @pu_rizzz_ismail @jasmine_suraya @ezzatyabdullah @nadiyah.shahab @zainhamid @norreen143 @faeznick @fishfazil . Dan ramai lagi. @bambam_studios . #pelindungseorangputeri #megadrama #astroria #astroriahd #suhanmovies #legend

A post shared by Lisa Surihani Mohamed 💋 (@lisasurihani) on

 

Drama bersiri Pelindung Seorang Puteri merupakan sebuah lagi naskah adaptasi novel yang mengangkat genre romantik thriller terbitan pihak Astro Ria dengan kerjasama syarikat produksi Suhan Movies & Trading Sdn Bhd.

Drama 16 episod itu turut menampilkan pelakon seperti Farid Kamil, Sharnaaz Ahmad, PU Riz , Zain Ruffedge, Jasmine Suraya dan ramai lagi.

Drama Pelindung Seorang Puteri mengisahkan Rose lakonan Lisa Surihani yang membawa diri jauh daripada keluarga setelah difitnah kerana sering diekori oleh pengendap misteri walaupun dia sendiri sebenarnya tidak pasti akan identiti pengendap misteri tersebut.

Adakah Firdaus (lakonan Zain Hamid), bekas kekasihnya yang masih menggilainya, Saiful (lakonan Farid Kamil), rakan sepermainan yang menyukainya sejak kecil atau Hazril (lakonan Sharnaaz Ahmad), kawan baik abang kandung Rose yang dalam diam meminatinya dari jauh.

Siapakah yang akan menjadi pelindung Rose daripada terus diganggu oleh pengendap misteri tersebut?

Saksikan Pelindung Seorang Puteri pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam menerusi slot Megadrama secara eksklusif di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, drama bersiri ini turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan on demand.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Okay…. awkward…. #pelindungseorangputeri

A post shared by Lisa Surihani Mohamed 💋 (@lisasurihani) on

 

Sumber : GEMPAK

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Trending