Connect with us

Hiburan

Perbezaan Tan Sri, Datuk Seri, Datuk & Dato’ Yang Ramai Keliru

Published

on

Admin yakin pasti ramai yang keliru terhadap gelaran untuk ‘orang-orang besar’ terutamanya mereka yang ada gelaran Datuk, Dato’ dan Datuk Seri.

Kebanyakan daripada kita akan hentam tuli berikan ejaan mengikut kehendak mereka padahal ada sesetengah ‘Datuk’ mungkin tidak boleh menggunakan Dato’.

Jadi, perkongsian daripada Rancak TV ini memang benar-benar bermanfaat buat kita supaya anda semua faham.

1. Datuk dan Dato’ (kerajaan negeri)

Bagi gelaran Datuk, ia merupakan anugerah kerajaan persekutuan yang dikurniakan oleh  Yang di-Pertuan Agong (YDPA),.

Dato’ pula  anugerah kerajaan negeri yang dikurniakan oleh sultan atau Yang di-Pertua Negeri. Namun begitu, ia juga bergantung kepada negeri.

Gelaran Datuk dikurniakan akan diberikan oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka, Wilayah Persekutuan dan Sabah, manakala Datuk dan Dato dikurniakan oleh negeri Sarawak.

Bagi negeri Kedah, Negeri Sembilan, Perak, Perlis, Selangor, Terengganu dan Pahang, gelaran yang dikurniakan semuanya ialah Dato’ sahaja.

2. Datuk (kerajaan persekutuan)

Untuk gelaran Datuk, ada juga diberikan oleh kerajaan persekutuan, ia akan diberi oleh YDPA dan dibahagikan kepada dua, Panglima Jasa Negara (PJN) dan Panglima Setia Diraja (PSD).

Pemberian gelaran Datuk bagi PJN adalah terhad kepada 200 orang pada satu masa, yang juga bermaksud jika seseorang dengan gelaran itu meninggal dunia, gelaran itu boleh dikurniakan kepada individu yang lain.

Sementara itu, bagoi PSD pula tiada had, malah untuk gelaran Datuk bagi kedua-dua anugerah dari PJN dan PSD boleh diberikan kepada mereka yang bukan warganegara Malaysia.

Sebagai contoh, Shahrukh Khan telah menerima gelaran Datuk oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka pada tahun 2008 dan Jackie Chan telah menerima gelaran Datuk oleh Yang di-Pertuan Agong pada tahun 2015.

Tapi ia bukanlah bermakna kita ni dilarang sewenang-wenangnya untuk menggunakan nama seseorang yang berpangkat ini sesuka hati. Media massa telah menyeragamkan penggunaan Datuk bagi k3semua gelaran tersebut.

 

3. Datuk Seri (kerajaan negeri)

Untuk Datuk/Dato’ Seri pula, ia adalah anugerah pangkat tertinggi yang diberikan oleh kerajaan negeri yang dikurniakan oleh sultan atau Yang di-Pertua Negeri.

Dato’/Datuk Seri ini sama level dengan Tan Sri, tapi bezanya adalah Tan Sri dikurniakan oleh kerajaan persekutuan manakala Datuk Seri oleh kerajaan negeri.

Sama seperti Datuk dan Dato’, ia dianugerahkan oleh kerajaan negeri mengikut beza negeri masing-masing.

 

4. Tan Sri (kerajaan persekutuan)

Walaupun pangkat adalah setaraf dengan Datuk Seri, namun gelaran Tan Sri mempunyai had bagi pemberian anugerah dalam satu-satu masa.

Tan Sri terbahagi kepada dua, iaitu Panglima Mangku Negara (PMN) dan Panglima Setia Mahkota (PSM).

Bagi gelaran Tan Sri PMN, hadnya ialah 75 individu pada satu-satu masa, manakala Tan Sri PSM, hadnya ialah 250 individu pada ssatu masa.

Misalnya seperti Ketua Pengarah k3sihatan yang sebelum ini digelar Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, kini digelar Tan Sri setelah dianugerahkan pangkat itu sempena Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda YDPA, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pada Isnin.

 

5. Tun

Gelaran Tun merupakan anugerah paling terhad di Malaysia, ia dikurniakan oleh YDPA, dan terhad untuk 25 individu dalam satu masa.

Gelaran ini dibahagikan kepada dua, Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) dan Seri Setia Mahkota (SSM).

Gelaran SMN ialah anugerah yang selalu diberikan kepada Yang di-Pertua Negeri serta bekas Perdana Menteri (PM) Malaysia selepas bersara.

Namun begitu, Dato’ Seri Najib Tun Razak merupakan satu-satunya PM Malaysia yang tidak menerima gelaran Tun, buat masa ini.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: Lobakmerah

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Trending