Connect with us

Hiburan

“Ingatkan tali apa melenggok-lenggok…” – Ustaz Kazim Kena Buatan Orang?

Published

on

SIAPA saja yang tak panik kalau nampak ular melintas di depan mata?

Lagi kelam kabut sekiranya seseorang sedang memandu. Silap-silap hari bulan, boleh terbabas dibuatnya gara-gara terkejut melihat ‘tetamu yang tak diundang’ itu.

Begitulah situasi yang dialami penceramah bebas terkenal, Datuk Ustaz Mohd Kazim Elias.

Berkongsi detik-detik cemas itu menerusi perkongsian di Facebook, Ustaz Kazim berkata haiwan berkenaan muncul di hadapan cermin kenderaan yang dinaikinya.

“Ingatkan tali apa dok melenggok-lenggok depan cermin. Sekali dia dongak rupa-rupanya ular… adoi. Alhamdulillah sib (nasib) baik tak p4nik,” tulisnya dalam perkongsian tersebut.

Ustaz Kazim berkongsi detik-detik cemas kereta yang dinaikinya ‘ditumpang’ seekor ular di Facebook.

Enggan mengambil risik0 yang mungkin membah4yakan k3selamatan, beliau mengambil keputusan untuk mendapatkan bantuan pasukan bomba bagi mengeluarkan reptilia berkenaan.

Bagaimanapun, usaha pencarian itu tidak berhasil menemukan haiwan berkenaan di dalam kenderaan yang dinaikinya.

“Terima kasih kepada abang-abang bomba yang datang membantu tadi. Masalahnya ular tu tak dijumpai. Nak sambung perjalanan pun naik gay4t ni. Buatnya dia keluar kut (ikut) lubang air-cond ke, bawah kaki ke.

“Dah la jenis penakut ke ular. S4kit ja4ntung ni. Apa pun terima kasih pasukan bomba dan penyelamat yang datang tadi,” tulisnya.

Bagaimanapun usaha pencarian oleh pasukan bomba gagal menemukan ular berkenaan.

Perkongsian tersebut turut menarik perhatian netizen yang rata-ratanya berkongsi pengalaman berdepan dengan haiwan yang sama ketika berada di dalam kenderaan.

Bagaimanapun di sebalik komen yang mendoakan k3selamatan perjalanan Ustaz Kazim, ada juga segelintir netizen yang mengaitkan situasi tersebut dengan unsur m1stik dan meminta penceramah terkenal itu berhati-hati.

“Assalamualaikum ustaz, hati-hati. Kadang ada yang menghantar supaya kita bawa kereta dalam keadaan berb4haya. Semoga dijauhkan semua yang jah4t merupakan mainan 1blis laknatullah,” komen seorang netizen.

Antara komen netizen terhadap perkongsian Ustaz Kazim.

“Bila baca posting ustaz ni teringat satu ceramah ustaz yang saya dengar tentang jelmaan j1n. Entah kenapa naluri saya ke arah itu. Baca je apa-apa yang patut ya ustaz. Mintak ia pergi,” komen yang lain pula.

“Semoga niat buruk dari orang yang sampaikan ke ustaz kembali kepadanya semula. Jika itu benar ular, jumpailah Ya Allah. Semoga dipermudahkan urusan ustaz,” komen seorang lagi netizen.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: mstar

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Trending