Connect with us

Hiburan

“SPM matematik jahan4m..” – Sharnaaz

Published

on

RUANGAN komen di sebuah posting Instagram pelakon Sharnaaz Ahmad menjadi tempat perdebatan netizen berhubung kapsyen yang ditulis aktor itu.

Kata mereka Sharnaaz atau nama penuhnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 35, tersalah menggunakan frasa 360 darjah bagi merujuk kepada perubahan hidup selepas kehadiran anak lelakinya iaitu Jebat Jayden yang kini berusia dua tahun.

“Kenapa saya kuat? Sebab budak kecil ni yang buat saya kuat daripada dalam dan ubah saya 360 darjah.

“Terima kasih Allah untuk hadiah ni dan juga kepada ibunya, Noor Nabila,” tulis Sharnaaz.

Sharnaaz menjawab teguran netizen di ruangan komen Instagram.

Bagaimanapun, kapsyen tersebut menarik perhatian netizen yang mengatakan frasa tersebut tidak tepat kerana 360 darjah bermaksud satu pusingan penuh maka ia menggambarkan Sharnaaz kembali ke tempat sama tanpa sebarang perubahan.

Bro… mungkin awak maksudkan 180 darjah.

“360 darjah bermaksud awak kembali ke tempat yang sama. Makanya, ia patut jadi 180 darjah sebab awak dah berubah. Saya selalu kena (tegur) dengan kawan-kawan fasal benda ni. Apapun, semoga yang terbaik saja untuk awak dunia dan akhirat,” tulis beberapa netizen.

 

Entahlah. SPM matematik jah4nam, tapi kira duit saja tak jah4nam.

SHARNAAZ AHMAD

PELAKON

Namun ada juga yang tampil mempertahankan frasa yang digunakan Sharnaaz.

“Salam, maaf mencelah tapi saya rasa 360 darjah di sini konsepnya adalah dia berubah melalui pelbagai sudut. Jebat mengubah Sharnaaz dalam semua sudut untuk menjadi seorang yang lebih baik.

“Saya setuju, frasa 360 darjah itu masuk akal. Awak boleh kembali ke tempat yang sama sebagai orang yang berbeza. Pernah dengar terma mula semula?” komen beberapa netizen lain.

Anak lelaki Sharnaaz iaitu Jebat Jayden.

Sementara itu pelakon drama Suamiku Encik Sotong ini menjawab komen salah seorang netizen secara berseloroh dengan mengatakan dia sendiri kurang faham mengenai isu yang diperdebatkan.

“Entahlah. SPM matematik jahan4m, tapi kira duit saja tak jahan4m,” balas Sharnaaz.

Sharnaaz mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan Noor Nabila Mohd Noor pada 31 Mac 2017 di sebuah hotel di Petaling Jaya dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Jebat Jayden yang kini berusia dua tahun.

Pasangan itu bagaimanapun bercer4i secara hakam pada 9 Julai lalu.

Sumber : Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Trending