Connect with us

Hiburan

4 Hari Tak Makan Nasi, Ditanya Kpd LELAKl 0KU lni Cukup ke Tak Makanannya, Jawapan Dia Buat Ramai Sebak

Published

on

Jika kita yang sempurna sifat ini mahu dilayan dengan adil, mereka yang kurang upaya (OKU) juga mahu layanan yang sama.

Walaupun mereka tidak cukup sifat tetapi mereka mahu kita melayan mereka sama seperti orang lain.

Nasib manusia tidak semuanya sama tapi kita dikalangan manusia boleh berikan kepada yang memerlukan sedikit kegembiraan.

Hal ini kerana golongan istimewa ini sangat rapuh dan memerlukan belas ihsan serta perhatian yang sewajarnya daripada orang ramai.

Baru-baru ini, seorang pengguna di Twitter, @MOFASAD ada berkongsi satu rakaman video berdurasi seminit yang menunjukkan seorang OKU yang begitu seronok apabila dihidangkan sepinggan nasi berserta dengan lauk.

DITANYA CUKUP ATAU TIDAK MAKANAN ITU?

Apabila ditanya seorang lelaki sama ada hidangannya itu mencukupi ataupun tidak, lelaki OKU berkenaan menjawab bahawa ianya cukup.

Namun apabila ditanya sama ada dia mahu hidangannya itu ditambah, lelaki itu menjawab bahawa dia hendak menambah.

SUDAH 4 HARI TIDAK MAKAN NASI

“Sudah cukup tidak payah tambahlah”, gurau lelaki itu padanya.

Lelaki OKU itu kemudiannya ketawa dan menjelaskan bahawa dia sebenarnya sudah 4 hari tidak menjamah nasi.

Luahan tersebut ternyata menimbulkan rasa simpati buat insan yang menontonnya.

Dia kemudian meminta untuk ditambah nasi.

Sekali lagi lelaki yang dipercayai merakamkan video tersebut bertanya sama ada hidangannya itu mencukupi ataupun tidak.

Serta merta ia dijawab lelaki OKU itu bahawa ianya sudah mencukupi.

Cukup, tapi nak tambah lagi

Dapat diperhatikan menerusi rakaman tersebut, terpancar kegembiraan di wajah lelaki OKU itu.

Ini apabila dapat juga akhirnya dia menikmati makanan yang lazat.

Sehinggakan, dia meminta untuk menambah nasi lagi kerana masih lagi berasa lapar.

Simpati melihat nasib lelaki OKU, individu yang merakam video tersebut telah meminta orang lain untuk memberikan lagi makanan.

Bergenang air mata aku…

Gelagat lelaki OKU telah mengundang pelbagai reaksi netizen, gembira melihatnya.

Tetapi pada masa yang sama terbit rasa hiba melihat nasib hidup insan sepertinya.

Video tersebut sehingga kini telah di’retweet’ sebanyak 10,000 kali dan ia diakhiri dengan gelak tawa daripada mereka berdua.

Ya, telatah dan gurau senda antara mereka berdua itu membuatkan orang ramai yang menyaksikannya pasti akan terikut sama.

Dalam keadaan lapar sekalipun, lelaki OKU berkenaan masih lagi sempat menjawab soalan yang diajukan padanya dengan penuh sabar.

SEORANG WARGA TWITTER MENDEDAHKAN NAMA LELAKI TERSEBUT

Awlalala… Nama dia Fadil. Kalau pergi to any majlis maulid kat stadium, mesti dia ada. Rajin jgk dia gi kuliah kat masjid.

Setiap kali kalau nampak dia kat masjid or kt luar. Dia slalu tanya “bila buat maulid lagi?”

Moga Allah murahkan rezki org2 yg slalu sumbang kt dia

Semoga perkongsian ini dapat memberi pengajaran dan contoh berguna buat kita semua hendaknya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: gstv.vip

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Trending