Connect with us

Hiburan

Tok Ti Ger4m Dengan Pelajar Oku Nyanyi Lagu 7 Hari Mencintaiku 2

Published

on

MEREMANG bulu roma!

Demikian antara komen netizen yang terpaku menyaks1kan video pers3mbahan seorang pelajar Orang Kelainan Upaya (penglihatan) menyanyikan lagu Aku Bidadari Syurgamu d3ndangan Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Walaupun drama bersiri popular 7 Hari Mencintaiku 2 telah pun melabvhkan tiranya, namun lagu rvnut bunyi drama itu lebih berh4ntu apabila dinyanyikan oleh pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas Setapak (SMKPK Setapak) di Kuala Lumpur yang begitu bertenaga dan bersahaja.

Persembahan pada majlis E-Mahabbah anjvran unit kokurikulum SMKPK Setap4k semp3na sambutan Awal Muharram itu turut meraih perhatian penyanyi asal lagu tersebut.

“MasyaAllah… kurniaan istimewa,” komen Siti Nurhaliza berserta beberapa emoji tepukan gemuruh, menerusi akaun Twitter beliau @CTNurhaliza11.

Suhaila (kanan) bersama guru-guru pada majlis E-Mahabbah di SMKPK Setapak. Foto Facebook smpksetapak

Meluahkan perasaan kepada mStar, pelajar SMKPK Setapak itu, Siti Nur Suhaila Jamil berasa amat terharu kerana persembahannya mendapat respons penyanyi nombor satu negara.

“Ya Allah, saya gembira sangat. Saya memang tak sangka, rasa amat terharu,” kata pelajar tingkatan dua itu dengan nada teruja.

Suhaila dan para peserta bersama Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan bek4s Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik pada Konsert Diraja Kementerian Pendidikan Malaysia 2019 di Istana Budaya.

Lebih mesra dengan panggilan Suhaila, dia memberitahu begitu minat menyanyi sejak di tadika, mal4h telah menyertai beberapa pertandingan nyanyian.

“Saya memang meminati Datuk Seri Siti Nurhaliza sejak dulu. Suara beliau memang dah power, selain lagu-lagu yang dinyanyikannya menjadi pilihan hati.

“Tapi apa yang paling saya suka selain bakat beliau adalah apabila beliau bercakap. Cukup lemah-lembut, membuatkan personaliti beliau satu pakej lengkap sebagai seorang penghibur disayangi ramai,” ujar anak bongsu daripada tiga beradik itu.

Suhaila merupakan OKU penglihatan sejak kecil. Foto ihsan Suhaini Samsuddin

Suhaila sebelum ini pernah membuat persembahan di Konsert Diraja Kementerian Pendidikan Malaysia 2019 yang diadakan di Panggung Sari, Istana Budaya pada September tahun lalu.

M4lah, dia juga pernah membuat persembahan di Istana Negara, sempena mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu pada tahun lalu.

Selama ini, saya berlatih menyanyi dengan hanya mendengar lagu-lagu Datuk Seri Siti Nurhaliza.

SITI NUR SUHAILA JAMIL

Remaja ini juga pernah menyertai program realiti Ceria Megastar Ministar 2019 tahun sama.

Selain menyanyi, gadis ini juga berkebolehan membuat kraftangan dan bermain keyboard.

Suhaila (tiga, kanan) bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (empat, kanan) semasa membuat persembahan di Istana Negara, tahun lalu.

Sementara itu, ibu Suhaila, Suhaini Samsuddin, 43, pula berkata, drama bersiri 7 Hari Mencintaiku 2 itu benar-benar membuatkan anaknya itu ‘mel3kat’ depan televisyen di rumah.

“Dia dari episod pertama sampai habis memang tak pernah terlepas. Sepanjang drama berlangsung, dia hanya mendengar tetapi cukup memberi k3san pada dirinya.

“Bila ada watak yang menjadi keb3ncian itu memang dia geram. Tapi kalau b4bak sed1h, dia tetap g3ram sebab buat dia men4ngis,” ujarnya yang merupakan suri rumah sepenuh masa.

Suhaila (kanan) bersama ibu yang sentiasa memberi sokongan.

Mengenai lagu Aku Bidadari Syurgamu, penangan drama popular itu memudahkan pelajar yang dibesarkan di Rawang, Selangor itu berlatih sebelum membuat persembahan di sekolah.

“Selama ini, saya berlatih menyanyi dengan hanya mendengar lagu-lagu beliau. Sebagai peminat, sudah tentu saya mengimpikan untuk bertemu dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza.

“Saya paling suka lagu Cindai. Kalau diberikan peluang bertemu dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza, dapat bergambar berdua pun tak apa.

“Tak terfikir sampai berduet sebab berjumpa dengan beliau dah jadi hadiah paling bermakna dalam hidup saya. Kalau dapat berduet tu, ya Allah memang saya tak tahu nak cakap apa, speechless,” katanya.

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Trending