Connect with us

Hiburan

Kecoh Isu Mira Filzah! Ini 11 Lagi Selebriti Malaysia Yg Menggayakan Pakaian Masyarakat India

Published

on

 

Sari dan lehenga menjadi pilihan wanita di Malaysia untuk tampil bergaya mengikut tema sesuatu majlis masa kini.

Menceduk elemen Bollywood yang membawa pengaruh besar kepada peminat di Malaysia, kebanyakan acara atau majlis yang dianjurkan sering mengadaptasi elemen itu.

Lebih meriah dengan aneka warna dan aksesori unik, pakaia tradisional masyarakat India itu diraikan dengan penuh harmoni dalam masyarakat majmuk yang ada di Malaysia.

Tak kira apa juga bangsa dan latar belakang, pakaian seperti sari, lehenga, dhoti dan kurta diakulturasikan dengan persekitaran semasa.

Majlis malam berinai bakal mempelai sering menjadi pilihan untuk diwarnakan dengan tema Bollywood dan mensyaratkan tetamu yang hadir dengan mengenakan busana bersesuaian.

Selain cantik daripada segi visualnya, pakaian tersebut disifatkan unik dan punyai elemen autentiknya tersendiri.

Berikut Gempak kongsikan semula selebriti tanah air yang pernah menggayakan pakaian masyarakat India dengan cara mempesonakan.

Mira Filzah

Kisah yang tanpa sengaja mencetuskan hiatus dan perdebatan dalam kalangan netizen di media sosial sejak Khamis.

Namun, harus diakui Mira berjaya menggayakan lehenga dari sebuah butik milik India Muslim tempatan itu dengan penuh anggun.

Persalinan nude Mira dilengkapi dengan aksesori asas termasuk gelang, Maang Tikka, cincin hidung dan selendang yang dipanggil Dupatta.

Ummi Nazeera

Ummi dan suami, Dr. Izzar pernah memilih persalinan Bollywood sempena majlis berinai sekitar tiga tahun lalu.

Uniknya, busana itu diterbangkan khas dari Delhi, India.

Farah Nabilah

Tema Bollywood dipilih Farah dan suami, Amirul Yunus sempena majlis resepsi sebelah pengantin lelaki sekitar hujung tahun lalu.

Pasangan mempelai mengenakan persalinan baju berwarna nude dan majlis itu turut diserikan dengan persembahan tarian.

Izara Aishah

Pelakon yang meminati filem-filem Bollywood itu memilih konsep sama sempena majlis berinai sekitar tiga tahun lepas.

Izara anggun menggayakakan lehenga berwarna merah hati lengkap dengan aksesori kepala, subang dan cincin hidung.

Malah, Izara pernah menjayakan kempen raya milik pereka fesyen tempatan Datuk Rizalman Ibrahim yang berkonsepkan elemen Bollywood.

Elfira Loy

Berhijab tidak menghalang pelakon genit Elfira Loy untuk beraksi penuh gaya pada malam berinai sekitar awal tahun 2019.

Elfira anggun menggenakan set lehenga merah hati sarat perincian serta aksesori cincin hidung dan Maang Tikka.

Neelofa

Pengacara popular Neelofa antara selebriti tempatan yang mencuri tumpuan ketika menggayakan sepersalinan sewaktu mengacarakan MeleTOP dua tahun lepas.

Pada episod sempena perayaan Deepavali itu, Neelofa memadankan busananya dengan akesesori subang, cincin hidung dan gelang cincin.

Selain itu, beberapa selebriti terkenal lain pernah menggayakan persalinan berkonsepkan Bollywood sempena menghadiri beberapa majlis.

Antara yang pernah menjadi perhatian ialah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Fasha Sandha, Rozita Che Wan, Fazura dan Zahirah Macwilson.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber : GEMPAK

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Trending