Connect with us

Hiburan

Selepas Hagia Sofia, Presiiden Turki Ubah Sebuah Lagi Gerejaa Jadi Masjid

Published

on

 

Julai lalu, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mengumumkan penukaran status sebuah bangunan ikonik yang terkenal dengan nama Hagia Sophia daripada muzium kembali menjadi sebuah masjid.

Tapak warisan bersejarah itu pada asalnya dibina sebagai Katedral Kriistian semasa empayar Byzantine.

Tindakan pemimpin Turki itu bukan sahaja mengundang kem4rahan penganut Kristian, malah turut membvrukkan lagi konflik antara Turki dan Greece — yang memantau tinggalan sejarah Byzantine di Ankara.

Selang beberapa bulan kemudian selepas kontroversi itu, sebuah lagi gereja di negara itu ditukar menjadi sebuah masjid.

 

Memetik laporan Berita Harian, arahan penukaran status Muzium Kariye oleh Recep itu turut mencetuskan kemarahan Greece — yang menyifatkan ia sebagai satu bentuk provokasi dari pemerintah Turki.

Muzium Kariye yang pada asalnya dibina sebagai sebuah gereja Ortodoks lama yang dikenali sebagai Gereja The Holy Saviour itu memiliki sejarah yang hampir sama dengan Hagia Sophia.

Ia didirikan ketika pemerintahan Empayar Byzantine, sebelum ditukar menjadi masjid ketika penaklukan Uthmaniah dan menjadi sebuah muzium pula selepas Perang Dunia Kedua.

 

Erdogan ubah sebuah lagi bekas gereja menjadi masjid di Turki

ISTANBUL: Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, hari ini mengarahkan sebuah lagi gerejaa lama Ortodok yang kemudiannya menjadi muzium popular di Istanbul, diubah semula menjadi masjid bagi kegunaan umat Islam beribadat di negara itu.

Keputusan mengubah Muzium Kariye kepada masjid dibuat hanya sebulan selepas kontroversi sama membabitkan transformasi Hagia Sophia, juga sebuah bekas gereja, menjadi masjid.

Pertukaran status muzium yang diiktiraf oleh Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) itu mengundang kecaman Barat, terutama Greece.

Kedua-dua perubahan itu mencerminkan usaha Erdogan bagi menggembirakan penyokongnya yang bersifat konservatif dan nasionalis di saat Turki sedang bergelut dengan inflasi dan ketidakpastian ekonomi disebabkan COVID-19.

Kementerian Luar Greece menyifatkan keputusan itu sebagai sebuah lagi provokasi

terhadap individu beragama oleh kerajaan Turki.

Sejarah bangunan berusia 1,000 tahun itu hampir sama dengan Hagia Sophia yang terletak di tebing barat bersejarah muara Golden Horn di wilayah Istanbul yang bersebelahan dengan Eropah.

Gereja The Holy Saviour di itu adalah sebuah gereja zaman Byzantine abad pertengahan yang dihiasi dengan lukisan dinding abad ke-14 berunsur sejarah Kristian yang amat dihargai di serata dunia.

Ia kemudian ditukar menjadi Masjid Kariye setengah abad selepas penaklukan Constantinople oleh Empayar Uthmaniyyah Turki pada 1453.

Ia kemudian bertukar menjadi Muzium Kariye selepas Perang Dunia II, selaras dengan usaha Turki menjadi lebih sekular dengan menyiisihkan saki baki pengaruh Empayar Uthmaniyyah. – AFP

Sumber : BH

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: LOBAKMERAH

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Trending