Connect with us

Hiburan

Selesa berbaju kurung, makan pun guna tangan… gadis Cina ketepi isu artis Melayu pakai sari

Published

on

DUA tiga hari ini kecoh di media sosial isu pemakaian sari, gara-gara seorang netizen yang mengecam pelakon Mira Filzah yang did4kwa mengambil k3sempatan mengaut keuntungan daripada pakaian tardisional masyarakat India itu.

Isu pakaian tradisional ini jika disoroti sebelum ini sebenarnya tidak pernah langsung menimbulkan kekecohan.

Justeru tidak hairanlah ramai yang memilih memakai pakaian tradisional kaum lain untuk digayakan dalam majlis-majlis tertentu.

Namun tidak keterlaluan dikatakan isu ini secara tidak langsung memberi pengajaran, apabila ramai yang tampil berkongsi pengalaman manis serta kisah masing-masing di media sosial.

Tidak terkecuali gadis berbangsa Cina ini yang turut membuat perkongsian dengan memuatnaik gambarnya mengenakan baju kurung dan pakaian tradisional kaum lain.

Yen Yen (dua, kiri) bersama pengetua dan rakan-rakannya ketika majlis sambutan hari raya di sekolah.

“Nak try Saree full set,” tulisnya pada posting berkenaan.

Perkongsian gambarnya yang manis mengenakan baju kurung lengkap dengan bertudung bawal begitu menarik perhatian netizen apabila ia meraih sehingga 5,800 retweet dan 18,400 lik3s.

Berkongsi cerita dengan mStar, gadis yang hanya mahu dikenali sebagai Yen Yen itu berkata dia sekadar mahu menyebarkan aura positif agar semua pihak tidak menjadikan apa yang berlaku baru-baru ini sebagai isu besar.

Yen Yen mempunyai rakan-rakan yang terdiri daripada pelbagai bangsa sejak bersekolah rendah.

“Bagi saya tak salah pun kalau nak mencuba pakai pakaian tradisonal kaum lain. Secara tak langsung, kita dapat mengenali dan memahami budaya mereka.

“Dan ini salah satu cara untuk mengeratkan hubungan sesama kaum. Cuma kalau rakan-rakan Muslim, mereka boleh menggayakan pakaian mengikut k3sesuaian agar aurat tak terdedah,” ujar gadis berusia 18 tahun ini.

Tidak kekok memakai pakaian kaum lain khususnya baju kurung, Yen Yen berkata salah satu faktornya adalah kerana dia sudah terbiasa disebabkan sering bergaul dengan rakan berbangsa Melayu.

 

Sekarang ini dah 2020… minda sewajarnya lebih terbuka. Saya cuma harap kita semua dapat kurangkan isu perkauman, dan lebihkan persefahaman.

YEN YEN

“Masa sekolah rendah, saya bersekolah di sekolah kebangsaan, bukan sekolah rendah jenis kebangsaan. Sampai sekarang di Tingkatan Enam pun, saya ada banyak kawan dari pelbagai kaum.

“Sekolah kami selalu adakan aktiviti dan kalau waktu perayaan setiap kaum, ia menjadi sambutan tetap. Sebab itu saya terbiasa pakai pakaian tradisional kaum lain.

“Mengenai baju kurung pula, secara peribadi saya pakai sebab sangat selesa. Malah uniform sekolah juga saya kerap pakai baju kurung berbanding pinafore. Cuma setakat ini, saya belum berpeluang mengenakan persalinan sari lengkap,” ujarnya yang berasal dari Kluang, Johor.

Yen Yen gembira dapat menggayakan pakaian tradisional dalam setiap aktivti yang dianjurkan sekolahnya.

Selain itu Yen Yen mendedahkan dia bersama guru dan rakan-rakan juga sering menganjurkan aktiviti pot luck.

“Kami bawa makanan dan share bersama… semua siap makan pakai tangan lagi,” ujarnya sambil menambah, ibu bapanya juga sangat terbuka mengenai minatnya itu.

Justeru gadis ini berkata dia agak kecewa dan terkilan apabila ada pihak yang sengaja membangkitkan isu berunsur perkauman sedangkan ia bukan perkara sensitif.

Yen Yen dan rakan-rakannya juga sering menganjurkan pot luck untuk mengeratkan hubungan persahabatan.

“Rasanya isu perkauman tak banyak pun, tapi ada segelintir yang suka share benda tak bagus di media sosial.

“Sekarang ini dah 2020… minda sewajarnya lebih terbuka. Saya cuma harap kita semua dapat kurangkan isu perkauman, dan lebihkan persefahaman,” ujarnya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: mstar

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Trending