Connect with us

Hiburan

“Berhasrat Ingin Mencari Calon Isteri”, Ini Ciri2 Isteri Idaman Putera Abdul Mateen

Published

on

Lahir dalam keluarga kerabat diraja serta memiliki rupa paras yang kacak, membuatkan Putera Abdul Mateen dari Brunei antara putera impian para gadis.

Baru-baru ini, Putera Abdul Mateen telah menyambut hari kelahirannya yang ke-29, baginda digambarkan sebagai Putera Raja terkaya, baginda merupakan anak lelaki ke 10 daripada 12 orang adik beradik (5 putera 7 puteri).

Putera Mateen nak cari calon isteri?

Bagaimana pun, ada ura-ura yang mengatakan bahawa Putera Mateen ada meluahkan hajat untuk mencari calon isteri yang berkongsi minat yang sama dengannya.

Dikatakan, kerabat diraja Brunei sudah mula meluahkan hasrat mereka untuk mencari calon isteri buat Putera Mateen memandangkan umurnya kini sudah sesuai untuk berumah tangga.

Putera impian gadis2

Mendapat pendidikan dari Royal Military Academy Sandhurst 2014, Putera Mateen juga meminati sukan Polo, Aircraft dan juga pencinta alam semulajadi.

Untuk makluman ramai, Putera Abdul Mateen tinggal di istana mewah Brunei yang dikatakan mempunyai sebanyak 1877 buah bilik yang bertahtahkan emas, berlian dan perak.

Maka bertuahlah si gadis yang berjaya menawan hati sang putera ini, semoga segera bertemu jodoh Putera Mateen.

Terkenal sebagai putera raja yang mencintai sukan Polo, Aircraft dan juga meminati alam semulajadi, Si putera juga meluahkan hajat untuk mencari calon isteri yang mempunyai minat kepada alam semulajadi sepertinya!

Justeru, beliau akan membawa isterinya bersama setiap pengembaraannya nanti!

Putera Abdul Mateen tinggal di istana mewah Brunei yang dikatakan mempunyai sebanyak 1877 buah bilik yang bertatahkan emas, berlian dan perak!

Putera kacak ini juga mempunyai 50 buah mercedes Benz, 66 buah Ferrari, 20 Bentley, 20 BNW, 17 JAGUAR, 15 PORSCHE, 10 Rolls Royce dan 3 buah Lamborghini.

Trivia Menarik Pengiran Muda Abdul Mateen

Merupakan anak daripada hasil perkahwinan kedua Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dengan bekas isterinya bernama Hajah Mariam.

Ibunya iaitu Hajah Mariam merupakan bekas pramugari di Royal Brunei Airlines.

Sukan polo, bola sepak, boxing dan scuba driving merupakan antara aktiviti sukan kegemarannya. Pernah menyertai pasukan bola sepak Brunei, AM Gunners.

Merupakan graduan Ijazah Sarjana Sastera dalam Pengajian Antarabangsa dan Diplomasi daripada School of Oriental and African Studies, University of London.

Merupakan pencinta haiwan di mana Pengiran Muda Abdul Mateen membela beberapa ekor anak harimau dan kucing.

Pernah mengikuti rekrut askar di Royal Military Academy Sandhurst dan menerima pangkat Leftenan.

Boleh menerbangkan pesawat jet.

Dilaporkan, Pengiran Muda Abdul Mateen hanya mempunyai satu media sosial sahaja iaitu Instagram di mana mempunyai hampir 500,000 pengikut.

Berpandukan Instagram miliknya, Pengiran Muda Abdul Mateen gemar berswafoto dengan berkongsi aktiviti sosial dan rutin kehidupannya.

Sebelum ini Ramai Gadis Kecewa Apabila Lihat Foto K4ntoi Mateen ‘Dating’ Dengan Gadis Jelita Ini?

Siapa yang tak kenal dengan putera tampan Sultan Brunei yang telah mencuri hati gadis Malaysia. Terbaru, Pengiran Muda Mateen k4ntoi ‘dating’ dengan seorang gadis yang did4kwa cucu kepada salah seorang Menteri berpengaruh di Brunei. Gadis jelita bernama Anisha Isa-Kalebic ini sedang ‘diburu’ oleh gadis-gadis Melayu. Kenapa agaknya ye?

Menerusi perkongsian di Twitter, netizen kongsi beberapa foto yang merupakan ‘hint’ mereka bercuti bersama. Sejauh mana kebenaran Putera Brunei ini sedang hangat bercinta dengan gadis jelita itu?

Kebetulan atau disengajakan?

Ditempat dan situasi yang sama?

Siapa Anisha ini?

Anisha Isa-Kalebic merupakan salah seorang cucu kepada Pehin Isa, salah seorang menteri dan orang yang berpengaruh di Brunei. Dia menetap di Bath, United Kingdom. Gadis jelita ni juga suka travel dan ada buka travel agency dengan sahabatnya.

Sumber : Facebook Mandaon News Services/http://trendingsangat.pw/

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Trending