Connect with us

Hiburan

“Kau jadi biawak hidup je la?” – Bakal isteri kerja pasar raya, pemuda berangan ‘pencen’ awal

Published

on

DALAM keadaan ekonomi yang tidak menentu, terutama k3san akibat pandemik C0vid-19, ramai mula mengambil inisiatif untuk membuat lebih satu kerja dalam satu masa.

Sama ada bujang atau berkahwin, mempunyai kerja lebih daripada satu bukan lagi luar biasa kerana begitulah apa yang perlu dilakukan demi kelangsungan hidup.

Namun, berbeza pula dengan seorang pemuda yang memasang angan-angan untuk berhenti kerja apabila berkahwin nanti.

“Bakal isteri saya kerja pasar raya, gaji RM1,200. Patut ke saya kerja lagi?” soalnya, sehingga postingnya itu menjadi tular di media sosial.

Persoalan seorang pemuda menimbulkan pelbagai reaksi netizen.

Timbul pelbagai reaksi terutama sel4ran dan lelaki berkenaan dikritik kerana menggambarkan gaji RM1,200 adalah mencukupi dengan kos sara hidup yang tinggi.

“Kepada bakal isteri eloklah tarik diri jangan kahwin dengan lelaki pemalas ni. Kalau kau tak mintak cer4i, kau menyesal nanti,” komen seorang netizen.

 

Tak payah kerja. Kau jadi biawak hidup je la. Eh s4kit pulak hati.

NETIZEN

“Baru bakal isteri belum sah lagi, dah plan nak pencen,” ujar yang lain.

“Isteri tanggung suami ke zaman sekarang? Patutlah banyak perempuan lagi sanggup hidup single,” tulis seorang wanita.

Antara komen netizen.

Malah, ada yang berang dengan pertanyaan lelaki berkenaan yang disimpulkan sebagai manusia pemalas dan hanya mementingkan diri sendiri.

“RM1,200 tu nak makan apa lepas bayar komitmen? Ubi kayu? Telur ayam? Pasir? Belum kira perbelanjaan anak-anak lagi. Boleh tanya patut ke kerja lagi? Baik tak payah kahwin kalau kemudian menyusahkan orang,” ujar netizen dengan nada k3sal.

“Tak payah kerja. Kau jadi biawak hidup je la. Eh s4kit pulak hati,” kata seorang netizen menyindir.

“Tak payah kerja, kahwin pun tak payahlah bang,” komen netizen lain memberikan jalan penyelesaian terbaik buat pemuda berkenaan bagi menjawab persoalannya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: mstar

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Trending