Connect with us

Hiburan

“Sejak Berkahwin, Saya Cuba Jaganya Dengan Baik,” – Kaka Azraff

Published

on

“Alhamdulillah, ia hilang terus.” Itu kata penyanyi, Kaka Azraff yang sebelum ini pernah mendedahkan suaminya, Adam Azriff mempunyai masalah gangguan kecemasan (anxi1ety dis0rder) sehingga memerlukan sokongan daripadanya.

Menurutnya, sebelum ini, dia sedia tahu tentang perkara berkenaan sebelum berkahwin lagi dan mengambil tanggungjawab tersebut untuk membantu dan memberikan sepenuh sokongan kepada suami tercinta.

Bagaimanapun, bintang yang kini muncul menerusi single terbaru Gila di samping Loka B dan Noki memanjatkan rasa syukur kerana masalah tersebut kini beransur hilang.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Syawal yang berbeza dan penuh bermakna 🤍 Selamat hari raya aidilfitri. Maaf zahir dan batin dari kami sekeluarga. #covEid

A post shared by K A (@kakaazraff) on

“Antara penyebab anxi1ety mungkin kerana cara hidup sebelum ini selain pemakanan dan sebagainya.

“Sejak berkahwin, saya cuba jaganya dengan baik dan masalah tersebut sudah tidak ada.

“Malah saya rasa situasinya kian baik disebabkan oleh fokusnya sudah berbeza memandangkan kini dia sudah ada bergelar bapa dan sebagainya. Tidak lagi rujuk pakar.

“Saya sebagai isteri rasa bersyukur,” akuinya kepada MH.

Hidup harmoni bahagia bersama permata m4ti, Aslan yang kini mencecah usia 10 bulan, Kaka turut berkongsi perkembangan terkininya sebagai ibu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

I dont know what tomorrow hold, but i know who holds tomorrow ❤️

A post shared by K A (@kakaazraff) on

“Bila melihat anak membesar di depan mata, saya rasa penat yang kita lakukan dalam kerja selain menjaganya itu dirasakan cukup berbaloi. Itulah kemanisannya bagi saya.

“Bila rasa penat tu, pandang anak dan lihat gelagatnya, rasa penat itu hilang. Sayang saya padanya tidak akan putus sebab kita tahu.

“Saya tidak merancang, kalau ada rezeki dikurniakan cahaya mata selepas ini kami tidak menolak,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, Kaka dan Adam mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2018 dan selamat timang cahaya mata pertama mereka Oktober tahun lalu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Life is unpredictable. Let’s share more laugh and love with your loved ones. Spend more time, appreciate them, hug them, say that you love them ❤️

A post shared by K A (@kakaazraff) on

Sumber: MH

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Trending