Connect with us

Hiburan

“Tak Kisah Calon Menantu Mualaf, Tapi… ” – Ibu Neelofa

Published

on

Bercerita mengenai Neelofa yang masih bujang, ibunya, Datin Noor Kartini Mohamed Noor percaya Tuhan ada rancangannya sendiri.

Katanya, dia tidak kisah sekiranya usahawan, aktres dan pengacara itu memilih mualaf sebagai calon pasangan hidup.

“Dari segi pemilihan menantu, saya tidak melarang anak jika mahu memilih suami yang mualaf sekalipun, cuma saya hanya risau jika anak tak boleh menjalankan tanggungjawab yang besar untuk membimbing mualaf itu,” jelasnya kepada Utusan Malaysia.

Berkongsi sedikit kisah perjalanan karier anaknya itu, Kartini akui pada mulanya agak tertekan apabila Neelofa menjadi perhatian orang ramai dan menyifatkannya antara dugaan terbesar perlu dihadapinya.

“Pada mulanya memang agak tertekan apabila Neelofa menjadi terkenal kerana ramai membuat cerita yang bukan-bukan.

“Tetapi m4kin lama, kami sekeluarga belajar untuk buang yang keruh ambil yang jernih daripada setiap perkara yang berlaku. Sebagai keluarga kami dapat membezakan mana cerita yang betul dan mana satu fitnah,” katanya.

Kredit foto: IG Neelofa

Pun begitu, dia akui apabila anak-anak menjadi perhatian masyarakat, ia memberi impak positif kepada mereka iaitu menjaga tingkah laku dan lebih berhati-hati sebelum melakukan sesuatu.

Sumber : – CARI

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Trending