Connect with us

Hiburan

“Saya Berkahwin Pada Usia 20, Tahun 2011 Dan Bercer4i..” – Oktovia Manrose Akhirnya Dedah Soal Status & Ada Seorang Anak

Published

on

 

“Saya pernah berkahwin, bercer4i dan ada anak.” Itu pengakuan pelakon Oktovia Manrose mengenai status dirinya yang jarang dikongsi kepada umum.

Jelasnya lagi, dia sudah pun bergelar ibu tunggal kira-kira lapan tahun lalu dan membesarkan anak lelaki tunggal, Muhammad Rayyan Zafariel,8.

“Disebabkan perkahwinan terdahulu menyebabkan saya lebih selesa untuk berada dalam zon selesa di situ sahaja. Ia secara tak langsung membuatkan saya tidak terlalu ‘exposed’ sangat mengenai hal peribadi.

“Begitu juga dengan di media sosial, saya jarang berkongsikan hal peribadi. Selebihnya saya banyak berkongsi mengenai kerjaya,” katanya kepada MH.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

👘 : @syomirizwagupta 🔥🔥 @absolutmanagement @connexioncec

A post shared by WSPO (@oktoviamanrose) on

 

Kakak kepada pelakon, Aprena Manrose turut mendedahkan dia mendirikan rumah tangga pada usia muda dan menyifatkan apa yang berlaku dalam fasa hidupnya sebagai lumrah kehidupan.

“Bagi saya apa yang berlaku adalah lumrah kehidupan. Kekuatan yang saya ada ini pun daripada bapa.

“Meski kami jarang bertemu, akan tetapi dia tidak pernah menilai dan percaya saya akan jadi individu yang lebih baik.

“Saya berkahwin pada usia 20 tahun, tahun 2011 dan bercer4i dua tahun kemudian,” akuinya.

Ditanya mengenai apakah cabaran tersebar di dalam menjaga anak secara sendiri sejak lapan tahun lalu, Oktovia mengakui permata hati ialah amanah Allah SWT yang perlu dijaga dengan baik.

Malah, Rayyan juga merupakan semangat dan kekuatan hidupnya.

“Untuk membesarkan anak pada usia yang muda bukanlah satu hal yang senang. Apa yang pasti, anak menjadi semangat.

“Kerana dialah saya kumpul kekuatan dan lupakan kisah yang berlaku sebelum ini.

“Anak ini amanah dan saya perlu lakukan yang terbaik untuk dia. Saya dan bekas suami berhubung melalui ibunya demi anak,” katanya yang turut mengakui, dirinya tidak pernah serik untuk sekali lagi mendirikan rumah tangga andai bertemu jodoh sesuai.

Oktovia terdahulu ditemui pada majlis Sidang Media & Menandatangani kontrak Perjanjian Absolut Talents & Management di Bangsar, Kuala Lumpur pada Ahad.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Thanks for today . i really had so much fun with all the talent and the team @absolutmanagement . Alhamdulillah ❤️

A post shared by WSPO (@oktoviamanrose) on

Selain Oktovia, sembilan selebriti lain turut bernaung di bawah pengurusan sama selama setahun iaitu Nadiyah Shahab, Ikmal Amry, Scha Elinnea, Harris Anuar, Nabil Aqil dan Yasmine Ow.

Sementara bintang media sosial, Nurin Afiqah, Aisar Khaleed dan Najla Shamsul juga berada di bawah pengurusan yang dikenali pelakon dan usahawan Ben Ali bersama seorang rakan kongsi itu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: MH

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Trending