Connect with us

Hiburan

Pelanggan bengng waiter hanya gelak selepas hidang ‘telur dadar lipas’, tak sangka ini respon anak pemilik kedai

Published

on

SIAPA saja yang tidak terkejut kalau terjumpa ‘bendasing’ dalam makanan?

Apatah lagi ‘bendasing’ yang dijumpai itu merupakan seekor serangga dalam saiz yang boleh tah4n besarnya.

Boleh naik perasaan geli geleman dan autom4tik makanan yang ditelan terasa ingin dimuntahkan semula.

Itulah yang terjadi kepada wanita ini saat terjumpa seekor lipas dam salah satu hidangan yang dipesannya!

Berkongsi cerita dengan mStar, pelanggan yang hanya mahu dikenali sebagai Bunga ini berkata insidn itu berlaku ketika dia menikm4ti makan malam bersama keluarga di sebuah restoran yang terletak berdekatan dengan rumahnya di Kuantan, Pahang.

“Saya dari Kuala Lumpur… kebanyakan kedai makan penuh dan kedai ini saja tak ramai pelanggan. Ketika itu pukul 10 malam. Jadi saya singgah sebelum sampai rumah.

“Saya pesan nasi bersama telur dadar, sup daging, ayam paprik dan minuman. Lebih kurang sejam menunggu, kemudian baru pesanan makanan sampai.

Bunga memuat naik gambar telur dadar ‘lipas’ yang dipesannya dari restoran berkenaan di Twitter.

“Mula-mula memang saya tak perasan langsung. Makanan sampai terus kami makan. Saya nampak macam hitam tapi fikir itu bahagian yang garing. Tapi rupa-rupanya bukan, itu lipas. Terus panggil waiter,” kata wanita berusia 29 tahun ini.

Cerita Bunga, selepas membuat aduan, dia sama sekali tidak menyangka respon yang diberikan oleh pihak restoran berkenaan.

“Budak waiter tu hanya gelakkan saya dan gantikan dengan telur, sudu dan garfu yang baharu. Bila tanya macam mana boleh ada lipas, dia cakap tak tahu.

 

Untuk peniaga tu, saya nak minta maaf jika apa yang saya post ni gugat bisnes dia tapi kalau boleh lepas ni tolong jaga kebersihan.

BUNGA

“Saya minta nak jumpa owner tapi katanya hanya anak owner saja ada. Saya tanya sekali lagi, nak kena bayar juga ke? Anak owner masuk ke dalam dan keluar semula, kemudian beritahu jumlah perlu dibayar RM20.

“Bila persoalkan semula, anak owner tu kata dah diskaun RM10 daripada jumlah asal, RM30. Atas dasar kemanusiaan, saya bayar atas apa yang saya usik (makan). Sebab makanan yang lain okay, cuma telur tu ada lipas,” ceritanya.

Antara komen netizen yang turut meluahkan rasa jijik dengan situasi yang dialami Bunga.

Cerita Bunga, perkongsiannya di laman Twitter bukan untuk membuka 4ib atau menutup periuk nasi sesiapa, cuma rasa terpanggil untuk menekankan soal kebersihan dalam pengendalian makanan.

“Tolong jaga kebersihan, dan juga jaga adab dengan pelanggan. Langsung tak ada rasa bersalah dan buat macam tak ada apa-apa lepas beritahu bil tu.

“Pelanggan kalau dah lama tunggu, dapat makanan memang terus makan. Nak cari kedai lain pun ambil masa lagi. Untuk para peniaga kalau boleh tolong jaga kebersihan sebab itu paling penting,” katanya.

Bukan mahu meng4ibkan sesiapa, Bunga berkata perkongsiannya sekadar mahu memberi iktibar agar pengusaha kedai makan lebih menitikberatkan soal kebersihan. Gambar hiasan.

Mengakui kejadian itu adalah pengalaman pertamanya berdepan dengan insidn menjijkkan, Bunga berkata dirinya masih berasa f0bia sehingga kini.

“Saya sampai hari ni tengok daging kicap atau makanan berwarna hitam, pasti terbayang. Ada la rasa macam f0bia sikit sebab terkejut gil4. Saya tak boleh terima seekor lipas ada dalam telur. Bentuknya elok lagi.

“Untuk peniaga tu, saya nak minta maaf jika apa yang saya post ni gugat bisnes dia tapi kalau boleh lepas ni tolong jaga kebersihan,” katanya lagi.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: mstar

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Trending