Connect with us

Hiburan

“Cantik macam baru” – Lelaki buat bisnes ‘repair’ duit RM1, buat ramai garu kepala

Published

on

Sejak musim C0vid-19 yang lalu, ramai yang telah memilih untuk membuat perniagaan secara kecil-kecilan demi menampung kehidupan seharian atas faktor kehilangan pekerjaan sejak beberapa bulan yang lalu.

Oleh itu, ramai yang telah mengambil peluang untuk mempromosikan perniagaan mereka menerusi laman media sosial masing-masing sejak kebelakangan ini. Tidak terkecuali dengan seorang pemuda ini yang dikatakan turut membuat perniagaan dengan membaiki duit RM1.

Menerusi Tweet terbabit, lelaki tersebut menjalankan perniagaan itu kepada mereka yang mempunyai masalah wang terkoyak dan sebagainya.

Lebih melucukan apabila servis berkenaan hanya memakan masa selama satu minit sahaja untuk menyiapkannya dan dikenakan caj bayaran RM5 bagi setiap pelanggan yang ingin membaiki wang mereka.

Menerusi gambar-gambar tersebut, kebanyakkan pelanggan lelaki itu dikatakan berpuas hati dengan servis yang dibuat sehingga ada yang bakal mengunjungi semula penjual tersebut.

Ternyata, situasi itu telah mencetuskan gelak tawa warga netizen yang rata-ratanya terhibur setelah melihat posting berkenaan. Walau bagaimanapun, perniagaan ini dikatakan tidak benar dan hanya untuk hiburan semata-mata.

“Padahal dia ganti je la duit singgit baru. Repair mende”, kata salah seorang warganet di ruangan komen posting tersebut.

Tweet ini telah mendapat perhatian ramai sehingga menerima sebanyak 1406 ribu ulang kicau dan komen berserta 956 tanda suka menerusi laman akaun Twitter itu.

“Pandai buat duit…”

“Okay dah tahu nak buat bisnes apa…”

“Repair mende…”

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: HCL

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Trending