Connect with us

Hiburan

Bukan Calang Calang Rupanya Tomok Ni. Tomok Dedah Dia Hampir Tak Teruskan 2 Sem Serta Dia Telah Melanjutkan Pelajaran Ke Peringkat Sarjana Muda Dalam Satu Bidang Ini

Published

on

Penyanyi, Tomok meluahkan rasa lega selepas dirinya selasai menduduki peperiksaan Malaysian University English Test (MUET) yang berlangsung pada Ahad. Menurut Tomok, dengan berakhirnya peperiksaan tersebut maka pengajiannya di Universiti Utara Malaysia juga bakal melabuhkan tidak lama lagi.

“Penuh debaran untuk paper MUET hari ini. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.“Ini bermakna kami menghampiri untuk memperoleh ijazah sarjana muda pengurusan industri kreatif di UUM. Pengajian menghampiri lima tahun bagai sekelip mata berlalu

 

“Terima kasih kepada semua tenaga pengajar yang pernah memberikan ilmu untuk kami semua,” tulisnya. Bekas vokalis kumpulan New Boyz itu berkata demikian menerusi sebuah entri yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Tomok turut menitipkan ucapan penghargaan buat semua pihak yang membantunya sepanjang lima tahun melanjutkan pelajaran. “Terima kasih pada kawan-kawan class BCIM yang selalu berikan sokongan kat aku. Walaupun sebenarnya aku nak give up masa sem 2 lagi.

“Terima kasih @idzwan1877 dan Dato’ Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak atas segala tunjuk ajar selama ini. “Terima kasih buat isteri dan anak-anak yang memahami ayah. Insyaallah ayah lakukan yang terbaik buat kita sekeluarga

“Yang paling penting, terima kasih ALLAH untuk segalanya. Aku bersyukur YA ALLAH untuk segala nikmat yang di berikan. “Semoga aku dapat jadi seorang insan yang lebih baik di masa yang akan datang. Amin,” katanya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa kagum selain turut mendoakan semoga Tomok berjaya menamatkan pengajiannya itu. Terdahulu, Tomok melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana muda dalam bidang Pengurusan Industri Kreatif di UUM bersama beberapa selebriti lain seperti Fattah Amin, Altimet dan ramai lagi.

Sumber: Instagram Tomok

Rakan Artis Dedah Sikap Sebenar Tomok…Apa Sudah Jadi?

Penyanyi Tomok sememangnya dikenali sebagai seorang yang  selesa berkongsi mengenai kisah kisah kerjaya dan keluarga. Namun begitu, tidak ramai yang tahu tentang sikap sebenar Tomok dalam kehidupan sebenar dan di luar pandangan peminat.

Menerusi satu dokumentari khas bertajuk TOMOKTWNTY yang kini ditayangkan di laman YouTube, rakan-rakan artis serta peminat telah dedahkan sikap pemilik nama sebenar Shah Indrawan ini.

Memasuki episod ketiga yang mula ditayangkan hari ini, banyak perkara yang dedahkan oleh beberapa rakan artis untuk disaksikan oleh para peminat. Antara artis berkongsi cerita dalam TOMOKTWNTY adalah Black Hanifah, Zimi, Gjie 6ixth Sense, Johan, Zahid dan ramai lagi. Episod pertama telah pun disiarkan pada tanggal 27 Disember lalu.

TOMOKTWNTY boleh ditonton menerusi saluran YouTube Monkey Bone dan setiap episod akan disiarkan dua minggu sekali.

Tomok tak putus-putus bersyukur

“INI rezeki yang Allah nak bagi kepada kami. Isteri saya pun memang teringin sangat nak ada anak perempuan,” kata penyanyi Tomok yang dikurniakan anak perempuan semalam. Tomok yang sudah memiliki dua anak lelaki ketika dihubungi tidak putus-putus mengucapkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana mengurniakan anak perempuan dalam keluarganya.

“Terima kasih Allah. Kami gembira dengan kehadiran anggota baru dalam keluarga kami ini. Dua anak saya Arrian dan Andra amat gembira dapat adik, cuma mereka agak kecewa kerana tak dapat pergi ke hospital. “Insya-Allah kalau tiada apa-apa masalah, esok isteri saya dibenarkan keluar,” katanya.

Semalam Tomok berkongsi wajah puterinya itu di Instagram untuk tatapan peminat. Dia turut melahirkan kata-kata kesyukuran kerana isterinya selamat melahirkan bayi perempuan. Manakala isterinya, Rahayu Abas menerusi hantaran di Instagram pula memaklumkan bayi itu dilahirkan selepas azan Zuhur pada jam 1.25 petang dengan berat 2.98 kilogram.

Ditanya nama pilihan, Tomok mengakui sudah mempunyai nama yang sesuai. “Kami sudah ada nama untuk bayi ini dan akan diumumkan dalam masa terdekat,” katanya. Berita kehamilan Ayu diumumkan Tomok di Instagram pada 25 Oktober tahun lalu. Ketika itu dia berharap menimang anak perempuan pula bagi melengkapkan keluarga mereka.

Dia turut berharap orang ramai turut mendoakan yang baik-baik buat isterinya serta bayi dalam kandungan.Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 36, dan Rahayu berkahwin pada 2 Julai 2011. Mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Arrianshah Akid, 8 dan Andrashah Iman, 5.

Sumber : erakini

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Trending