Connect with us

Hiburan

“Sepadan, Dah Bau Nasi Minyak Ni..” Anak Jamal Abdillah, Zaki Yamani Malu-Malu Diusik Bercinta Dengan Pelakon Cilik Qistina Raisah

Published

on

Anak kepada penyanyi lagenda Datuk Jamal Abdillah, Zaki Yamani yang juga kini bergelar penyanyi dikatakan telah bercinta dengan pelakon cilik Qistina Raisah apabila sering memuat naik foto dan video bersama-sama.

Namun begitu, menurut Zaki, 14, mereka berdua hanya berkawan baik dan tidak lebih daripada itu.

Dia yang ditemui turut berkongsi kisah kali pertama bertemu dengan Qistina,12, ketika berada di sebuah pusat membeli-belah setelah diperkenalkan oleh kawan mereka.

Penyanyi lagu Percayaku ini juga berkata mereka berdua sering meluangkan masa bersama dengan bermain permainan atas talian (online) terkenal PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) namun menafikan sering berhubung seperti berbalas pesanan ringkas setiap hari.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

😎 Outfit by @highcultured

A post shared by 🎼 ZAKI YAMANI 🎼 (@zakiyamani._) on

 

“Kami kenal selepas habis PKP. Masa tu saya keluar bersama kawan-kawan di shopping mall. Salah seorang kawan saya bawa dia bersama..di situ mula berjumpa dan berkenalan. Nak kata rapat tu, setakat ni kami tidak la setiap hari berbalas mesej atau sebagainya tapi kami sempat la main PUBG bila dia ajak. Sekarang ni kami hanya berkawan baik.. kalau lebih dari itu, saya tak tahu nak jawab macam mana.”

Sehubungan dengan itu, ramai peminat dua bintang cilik ini mula membanjiri ruangan komen di Instagram masing-masing dan menyokong hubungan mereka berdua.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Awak rasa siapa lagi kuat merajuk? 😆

A post shared by 🎼 ZAKI YAMANI 🎼 (@zakiyamani._) on

 

Sementara itu, perkembangan terkini Zaki Yamani dilaporkan bakal melancarkan single terbaru berjudul Sebelummu tidak lama lagi. Dia yang merupakan anak Datuk Jamal Abdillah hasil perkongsian hidup bersama Fatimatuzahra Samat,39, sebelum bercerai pada 15 Mei 2007 yang lalu.

Sumber : mStar Online via Beutifulinara

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Trending