Connect with us

Hiburan

Umur 19 Tahun, Masya Masyitah Dah Beli Kondo RM300,000

Published

on

 

Baru berusia 19 tahun, Masya Masyitah dah berjaya beli rumah secara tunai.

Penyanyi yang berasal dari Kulim, Kedah ini kata semua wang yang diperolehi adalah hasil dari kerjaya nyanyiannya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

You are lucky if you found a person who never gets tired of understanding your nonsense attitude 🥰 . #hapus #masyamasyitah #masyashiners

A post shared by 玛莎 Masya Masyitah (@masyitah_masya) on

 

“Saya sudah menyanyi sejak kanak-kanak lagi, termasuk banyak menyertai pertandingan nyanyian dianjurkan. Jadi, saya dah kumpul duit dari kecil dan Alhamdulillah, kini dapat beli rumah.

“Pembelian dibuat secara tunai kerana lebih mudah dan saya tak perlu terikat dengan kadar faedah pinjaman di bank. Apatah lagi, saya tiada kerja tetap yang mempunyai penyata gaji bulanan. 

“Apapun, saya amat bersyukur sudah memiliki aset sendiri seperti rumah dan kereta, hasil daripada aktif menyanyi selama ini,” katanya kepada Harian Metro.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

It’s nice when someone remembers small details about you.💛 . #hapus #masyamasyitah #masyashiners

A post shared by 玛莎 Masya Masyitah (@masyitah_masya) on

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Take care of the people you love, but take even better care of the people that love you 🤍 . #hapus #masyamasyitah #masyashiners

A post shared by 玛莎 Masya Masyitah (@masyitah_masya) on

 

Namun untuk kereta, juara program Ceria Popstar musim kedua ini ada membuat pinjaman bank.

Sebelum ini Masya pernah dilabel riak kerana menunjukkan kemewahan dengan berkongsi video dekorasi dan tatarias dalam kediamannya di YouTube.

 

Foto: IG

 

“Apa yang saya tunjukkan dalam video di YouTube itu hanya perkongsian biasa kepada peminat yang menyokong selama ini. Tidak ada niat nak menunjuk-nunjuk langsung.

“Bagaimanapun, saya tahu tidak semua yang dilakukan atau ditunjuk kepada umum itu disukai orang lain. Pasti, ada segelintirnya yang akan beri komen negatif,” tambahnya.

Tambah Masya yang popular dengan lagu Halimunan dan Hapus ini, dia membeli kondominium di Cheras kerana mudah untuk lebih aktif dalam kerjaya di ibu kota. 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: cari

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Trending