Connect with us

Hiburan

Dikatakan Suhu Badan Tidak Boleh Dicatat Dalam Bentuk Buku Mahupun Digital. Timb. Menteri Komunikasi Dan Multimedia Jelaskan Sesuatu Khas Buat Rakyat Malaysia

Published

on

Antara Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi Perintah Kawal Pergerakan (PKP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan adalah untuk mengimbas kod QR dan menyemak suhu badan sebelum masuk ke dalam mana-mana premis.Kalau korang biasa pergi kedai, korang perasan tak ada kedai yang minta untuk catat suhu badan dalam buku rekod pengunjung dan ada pula yang hanya semak suhu.

Isu ini telah dijelaskan oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin sesi jawab lisan di Dewan Rakyat pada hari ini yang mengatakan suhu badan tidak sepatutnya direkod dalam bentuk buku mahupun disimpan secara digital.

Ini dikatakan bercanggah dengan garis panduan yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Menurut beliau…“Hanya nama, nombor telefon, tarikh dan masa kehadiran pengunjung di premis perniagaan perlu direkodkan, sama ada pada buku atau secara simpanan digital. Kalau kita pergi ke premis perniagaan, dia tulis suhu badan, maka ini tidak wajib dan dari segi tatacara yang kita keluarkan, ia salah”

Rekod pengunjung perlu dihapuuskan dalam tempoh tertentu – Datuk Zahidi. Beliau juga ada memaklumkan bahawa rekod pengunjung yang disimpan hanya digunakan untuk pengesahan kontak. Simpanan data hanya boleh dilakukan sehingga 6 bulan tempoh penguatkuasaan PKP. Kemudian ianya perlu dihapuuskan secara kekal selepas 9 bulan, Jadi lepas ni cukup dengan scan suhu sahaja. Tak perlu catat ya!-lobakmerah

Ada Yang Sanggup Scan Suhu Kat Tangan Selepas Tular Scan Suhu Di Dahi Boleh Mengakibatkan Satu Sakit Yang Merbahaya Ini. Doktor Dari HKL Terus Beri Pendapat

SEHARI dua ni, ramai pulak yang mempersoalkan kewajaran menggunakan alat termometer infrared untuk menyukat suhu di badan yang didkwa boleh menyebabkan seseorang terkena radiasi hingga terkena knser.‘Laser’ yang ‘disasar’ di dahi didkwa kononnya boleh menjejaskan otak dan mengundang masalah berkenaan. Biar betul?!!Justeru ada pula yang menyarankan agar alat itu tidak lagi dikesan melalui di dahi, tetapi hanya di tangan. Pun begitu, sesuaikah?

Mengapa alat itu digunakan?

Doktor Perubatan Hospital Kuala Lumpur merangkap Presiden Generasi Pelapis Malaysia, Dr Shazwan Sazali turut memberikan komen berhubung dkwaan tersebut dalam bebenang di Twitter beliau baru-baru ini.Infrared thermometer menyebabkan sakit tersebut?Saya tak tahu siapa yang buat video ni, tapi jelas ini tidak tepat.

Setiap pernyataan perlu ada bukti dan penjelasan berasaskan penelitian.Maka jom belajar sikit pasal IR thermometer ni supaya tak jadi palatao di masa depan.Salah satu cara untuk mengukur suhu tubuh badan seseorang adalah dgn menggunakan “non-contact infrared thermometers (NCITs)”.NCITs boleh digunakan lebih-lebih lagi pada musim pandemik untuk mengurangkan risiko “cross-contamination” sekaligus mengurangkan penyebaran virus.

Kebaikan NCITs

Mengurangkan risiko penyebaran penyakit (non contact),Mudah digunakan,Mudah dibersihkan,Mengukur suhu dengan kadar lebih cepat,Bagaimanapun, cara penggunaan NCIT perlu tepat dengan mengambil kira jarak dan kedudukan dengan dahi.

Cara penggunaan:

Pegang NCIT “perpendicular” dengan dahi dan arahkan individu yang sedang diukur suhunya utk kekal tidak bergerak.Jarak alat dengan dahi berbeza setiap alat (sila semak manual sebelum guna).Tidak dibenarkan sentuh bahagian sensor NCIT & pastikan sensor bersih & kering

Sekarang, adakah ia berbahaya?Menurut Feng Luzhao, seorang researcher dari Chinese Center for Disease Control and Prevention, IR thermometers berfungsi dengan menerima radiasi thermal yang disebarkan oleh tubuh manusia sendiri.

Alat tersebut TIDAK mengeluarkan sebarang radiasi yang boleh membahayakan kesihatan manusia.Alat tersebut MENERIMA RADIASI, bukan MENGELUARKAN RADIASI.Kalau nak kena sakit tu, bukan kita yang kena, alat tu yang kena. Dahlah alat tu terima radiasi tubuh manusia, kena pula ukur dahi kepala manusia yang palatao ni.

Kalau tak tahu, bertanya. Jangan sesuka hati keluarkan video yang boleh mengelirukan orang ramai.Kalau semua orang tak nak kena ukur dahi pasni sebab takut sakit tu, sudah.. satu hal pula pak guard nk letak thermometer kat ketiak memasing, kan?

Tak perlu takut

Sementara itu, Pharmacist, Fahmi Hassan @Fahmibinhassan turut memberikan komen berhubung perkara itu:Sekali lagi diingatkan, termometer mengukur suhu (signal infrared) dari badan manusia. Ia tidak memancarkan “laser” atau apa apa sinaran berbahaya kepada manusia.

Harap fahamlah ya! Tak perlu takut untuk ambil suhu di kepala.Kenapa ‘ambil’ suhu di kepala?Suhu permukaan badan manusia boleh berubah mengikut persekitaran. Waktu cuaca panas, saluran darah akan mengembang menyebabkan lebih banyak aliran berhampiran permukaan kulit untuk membebaskan haba. Waktu ini, badan akan terasa panas.

Semasa sejuk, saluran darah di permukaan kulit akan mengecut. Haba akan disimpan di dalam badan. Sesetengah anggota badan akan terasa sejuk. Contohnya tangan.Demam pula adalah apabila “core temperature” dalam badan meningkat. Ini adalah tindakbalas fisiologi badan sekiranya terdapat jangkitan.

Untuk mengukur “core temperature” yang sebenar adalah tidak praktikal untuk awam kerana ia melibatkan prosedur yang “invasive”. Jarum perlu dicucuk di saluran darah yang spesifik untuk mengukurnya.“Rectal temperature” dikatakan mempunyai suhu yang paling tepat dengan core temperature. Namun begitu, ia juga tidak sesuai digunakan untuk saringan suhu badan di tempat awam.

Bahagian yang paling kurang dipengaruhi oleh suhu persekitaran adalah bahagian atas abdomen. Oleh itu, ia boleh digunakan sebagai pengukur suhu yang reflektif kepada “core temperature”.Dahi merupakan permukaan yang tidak terlindung oleh pakaian, rambut, misai dan janggut. Oleh kerana itu, kebanyakan pengeluar termometer mengeluarkan termometer yang telah dikalibrasi untuk mengukur suhu di kawasan ini.

Sekali lagi diingatkan, termometer mengukur suhu (signal infrared) dari badan manusia. Ia tidak memancarkan “laser” atau apa apa sinaran berbahaya kepada manusia.Harap fahamlah ya! Tak perlu takut untuk ambil suhu di kepala.

Bahagian yang paling kurang dipengaruhi oleh suhu persekitaran adalah bahagian atas abdomen. Oleh itu, ia boleh digunakan sebagai pengukur suhu yang reflektif kepada “core temperature”.Dahi merupakan permukaan yang tidak terlindung oleh pakaian, rambut, misai dan janggut. Oleh kerana itu, kebanyakan pengeluar termometer mengeluarkan termometer yang telah dikalibrasi untuk mengukur suhu di kawasan ini.

Termometer infrared berfungsi dengan membaca pancaran sinar infrared yang dikeluarkan oleh badan manusia.Badan manusia memang mengeluarkan radiasi infrared pada setiap masa. Radiasi ini dikumpulkam oleh lensa termometer, dan dipancarkan ke sensor termometer.

Pancaran ini kemudiannya ditukarkan kepada signal eletronik. Dengan cara ini, suhu badan dapat dibaca.Ada termometer yang dilengkapkan dengan lampu semasa ia berfungsi. Lampu itu bukan untuk mengesan suhu.Tak memudaratkan langsung.

Komen warganet:

tu la kmi ckgu2 di skolah ad waris pertikaikan xbleh cek suhu di kepla kna cek dkt tngan sbb bhya laser semua. Tadi pergi beli barang. Aku suruh scan dahi. Dia pergi pandai scan dekat tangan. Nak je hempuk dengan buku roti. Katanya tak elok utk otak. Dia tak scan kepala di pun otak dh tak betul.

aku jaga pintu mall tmpt aku keje. smlm ada coustomer ni nk scan suhu dkt tangan. aku ckp kkm tk ckp apa² so aku tk nk. depan org ramai dia ckp i’m doctor. eeeee smpi skrg aku rasa annoying dgn org mcm tu.Tadi saya pergi supermarket pun dia orang scan tangan.. 32.6 celsius Face with tears of joyFace with tears of joy entah saya tu binatang ape ke manusia.. jadi dia lepaskan masuk.@DGHisham.sepatutnya bagi nasihat supaya scan dekat dahi sebab kalau scan kat tangan tu, sampai bila manalah ada fever-ctto

Sumber : erakini

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Trending