‘Pfizer Tiada Kandungan Haiwan & B*bi!’ – Temubual Eksklusif Datuk Aznil Haji Nawawi bersama Dr Amalina Bakri Dapat Pujian

 

Menjadi di antara mereka yang pertama mendapat vaksin untuk C.ovid-19,pengacara terkemuka Datuk Aznil Haji Nawawi mengambil k3sempatan untuk menemubual Dr Amalina Bakri yang berada di London, United Kingdom (UK).

Terbaru, pengacara popular tanah air, Datuk Aznil Haji Nawawi, membuat satu panggilan video bersama Dr Nur Amalina bagi mengupas lebih lanjut mengenai isu vaksin yang sedang hangat diperkatakan ini.

Temubual tersebut dilakukan secara live di Instagram milik Aznil atau lebih mesra dengan panggilan PakNil.

Masyarakat Di UK tak perlu bayar sekiranya mahu mendapatkan vaksin. Ini kerana, vaksin tersebut diberikan secara percuma dan sudah termasuk dalam program vaksin di negara berkenaan. Semua individu tidak dip.aksa untuk mengambil vaksin. Kalau ada ramai yang datang, mereka akan diberi peluang untuk membuat pilihan dan mendengar kaunseling terlebih dahulu. Apabila kita tawarkan vaksin kepada semua orang, kita akan bagi maklumat lengkap mengenai vaksin, kemudian pilihan di tangan mereka sama ada mahu atau tidak. Lagi satu, vaksin program ni kita perlu tahu bahawa ianya memberi perlindungan buat semua bukan diri sendiri sahaja.Saya terlibat baca kertas kerja dan dokumen secara menyeluruh mengenai Pfizer. Saya yakin berdasarkan apa yang saya baca, vaksin tu mampu mencegah c.ovid-19. Saya tak rasa debar semasa kena suntikan tersebut. Malah, tempat menerima vaksin tersebut bersebelahan dengan tempat kerja saya. Proses yang saya lalui pun sangat mudah. Saya hanya perlu isi borang secara online. Kemudian, mereka akan menghantar email bagi membolehkan saya untuk memilih tarikh temu janji.Setibanya hari berkenaan, saya akan dapat kad nombor dan kami semua akan diberikan info mengenai vaksin yang bakal diterima. Walaupun saya dah tahu, saya kena dengar dan melalui proses tersebut juga. Kemudian, doktor atau jururawat akan minta maklumat peribadi kita termasuk lapor4n k3sihatan kita sebelum ini. Sekiranya semuanya baik, barulah mereka akan memberi s.untikan. Su.ntikan tersebut rasa macam kena gi.git semut sahaja dan tak s.akit. Lebih kurang 10-15 saat sahaja proses sun.tikan itu berlaku.

“Di UK sekarang ni ada beberapa sun.tikan yang telah mendapat kelulusan dan saya mendapat suntikan vaksin daripada Pfizer, vaksin yang pertama diluluskan oleh kerajaan UK.

“Kita ada sistem, pertama sekali diberikan kepada orang-orang tua yang lebih 80 tahun ke atas, terutamanya mereka yang berada di rumah jagaan, lepas tu mereka yang menjadi penjaga kepada orang-orang tua ini (caretakers), kemudiannya petugas-petugas k3sihatan seperti doktor, jururawat, mereka yang berada di barisan hadapan (frontliners) yang menjaga pesakit di hospital, dan kemudiannya mengikut peringkat umur,” jawab Amalina ketika ditanya oleh PakNil tentang sistem pemberian vaksin di UK.

Mengenai isu halal dan ha.ram pula, Dr Amalina memberitahu Pak Nil bahawa vaksin Pfizer tidak mempunyai kandungan khi.nzir mahupun haiwan yang lain. k3semuanya genetik sintetik material. Jelasnya lagi, dia telah memberi link kepada pengikutnya di media sosial untuk baca mengenai vaksin yang diambil olehnya itu. Semua yang ditulis itu adalah telus.

Ditanya kepada Dr Amalina bagaimana vaksin C.ovid-19 ini begitu cepat dihasilkan berbanding vaksin kepada peny.akit-pe.nyakit ber.bahaya lainnya yang sudah lama berada dalam kehidupan kita, ini jawapan Dr Amalina.

“Ramai juga tanya kenapa proses itu cepat. Yang pertamanya kita dapat banyak pembiayaan daripada semua sehingga berpuluh-puluh juta dan semua orang daripada pelbagai bidang bekerjasama untuk menghasilkan vaksin tersebut serta bersama untuk mencari vaksin tersebut.

“Biarpun ianya dilakukan secara berperingkat seperti di makmal, fasa satu, fasa dua, fasa tiga, ujian kepada sukarelawan dan lain-lain, tetapi kerana kita mendapat banyak pembiayaan, kita dapat mempercepatkan setiap peringkat serta dibuat dalam satu masa yang sama,” terang Dr Amalina.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

A post shared by Datuk Aznil Hj Nawawi (@aznilnawawihm)

Sumber : gempak/ohbulan

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

 

Be the first to comment

Leave a Reply