Intan Ladyana, Harris Alif Sedia Timang Cahaya Mata

Tahniah kami ucapkan buat pasangan selebriti Intan Ladyana dan Harris Alif yang selamat bergelar suami isteri dengan sekali lafaz dalam satu majlis serba ringkas di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan semalam.

Meluahkan rasa syukur dan lega majlis pernikahan berjalan dengan lancar, Harris berkata tanggungjawabnya kini sudah berubah apabila bergelar suami dan di masa akan datang akan bergelar bapa.

“Alhamdulillah.. kini kami sah sebagai suami isteri. Walaupun pada mulanya saya berasa agak gvgup sebelum majlis, selepas akad nikah saya berasa lega sangat.

“Menjadi suami adalah tanggungjawab baharu saya. Dahulu hidup bujang, sekarang sudah berdua. Mungkin selepas ini bertiga, berempat (anak).

“Kami pun tidak merancang soal anak. Bila-bila saja kami bersedia untuk ada anak. Insya Allah,” katanya.

Dalam pada itu, Intan berkata dia sudah bersedia bergelar ibu meskipun banyak urusan yang tertangguh perlu diselesaikan.

“Insya Allah, tiba masanya nanti, saya akan fokus dan selesaikan kerja-kerja yang tertangguh, kemudian bila dah tak larat, saya akan berhenti shooting,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : ROTIKAYA

Be the first to comment

Leave a Reply