Netizen puji cara Sharifah Sakinah terima teguran PU Syed

GARA-GARA memuat naik foto s.eksi sehingga mencetuskan kri.tikan netizen, pelakon Sharifah Sakinah ditegur Pencetus Ummas (PU) Syed yang meminta aktres itu menjaga adab dalam berpakaian.

PU Syed atau nama sebenarnya, Syed Mohd Bakri Al Yahya menerusi surat terbuka kepada Sakinah menasihatkan pelakon Girlfriend Aku Dari Ner4ka itu agar tidak memberikan pengaruh negatif terhadap netizen dengan a.ksi-a.ksi s.eksi yang sering dimuat naik dalam laman sosial.

“Puan Sharifah Sakinah mempunyai seramai 2.4 juta pengikut dalam Instagram, saya ingin tegur perbuatan puan kerana pasti akan ada yang terikut-ikut dengan gaya hidup puan ini.

“Sekalipun hidup kita ini bebas, namun bagi umat Islam ada batas-batas yang tidak boleh dilangkaui serta dilanggari,” tulis juara Pencetus Ummah musim ketiga itu perkongsian Instagramnya.

“Biarlah puan naik dan popular dengan disulami adab dan akhlak yang terpuji. Ingatlah, kita daripada keturunan dan nasab yang mulia. Maka saya rasa perlu untuk menegur puan kembali ke jalan yang sebenarnya.

“Inilah cara kita sesama Islam untuk menyelamatkan saudaranya daripada terus hanyut dalam ujian duniawi,” ujarnya sambil menyatakan belum terlambat untumadik Sharifah Shahira itu menunjukkan sifat mulia kepada pengikut Instagram.

Sementara itu, Sakinah menyambut baik teguran PU Syed dengan memuat naik semula surat teguran itu di laman Instagramnya pada Isnin.

Menerusi posting itu, Sakinah memohon maaf dan mengharapkan semua pihak mendoakan yang terbaik buat dirinya.

“Saya minta maaf, doakan yang baik-baik,” katanya ringkas berserta tanda pagar #sedarasedara.

Malah meninjau di ruangan komen hantaran itu, ramai yang memberi komen positif dan suka dengan cara matang Sakinah menerima teguran.

Sumber : Kosmo/hotfm

Be the first to comment

Leave a Reply