Empat Tahun Selalu Membuat Ramalan Dengan Tepat Kali Ini Neelofa Meramal Aina Abdul Juara AJL35

Neelofa yang mana sentiasa membuat ramalan dan berjaya membuat ramalan dengan tepat selama 4 tahun dan kali ini Neelofa Mohd Nor pengacara disayangi ramai meletakkan tiga lagu yang dijangka akan memenangi Anugerah Lagu ke-35.

Menerusi laman Twitter, Neelofa, 32, meramalkan trofi AJL35 tahun ini bakal dimenangi lagu Semalam nyanyian dan ciptaan sepenuhya oleh Aina Abdul.

Tidak cukup dengan ramalan AJL-35 dimenangi oleh Aina Abdul, Neelofa juga meramalkan vokalis kumpulan Azlan& The Typewriter juga mempunyai potensi besar untuk membawa pulang vokal terbaik.

“Saya tak berapa ikut sangat dengan lagu-lagu yang bertanding untuk tahun ini. Tapi ini merupakan ramalan saya untuk AJL35.

“Juara, Semalam, tempat kedua, Peluang Kedua (Nabila Razali) dan tempat ketiga, Belenggu Rindu (lagu duet Wany Hasrita dan Datuk Jamal Abdillah),” tulisnya di laman Twitter pada Ahad.

Tetapi, Neelofa mengingatkan semua agar tidak terpengaruh dengan apa yang disampaikannnya kerana itu sekadar ramalan sahaja, bukannya yang betul.

Ia mungkin betul dan juga mungkin tersasar jauh dari keputusan yang sebenar.

 

Juara, Semalam, tempat kedua, Peluang Kedua (Nabila Razali) dan tempat ketiga, Belenggu Rindu (lagu duet Wany Hasrita dan Datuk Jamal Abdillah).

NEELOFA

PENGACARA, USAHAWAN

Neelofa berharap agar semua menghargai hasil karya kreatif dan juga penulis penulis lirik ini.

Tahun lalu, Neelofa membuat ramalan bahawa Naim Daniel dengan lagu Sumpah memenangi juara AJL ke-34 dan keputusannya betul dengan ramalan yang dibuat oleh Neelofa.

Selain Aina Abdul, Neelofa turut meramalkan Azlan Rosle bakal memenangi trofi Vokal Terbaik.

AJL35 akan bersiaran langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam tanpa kehadiran penonton serta mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Acara itu akan dihiburkan oleh tiga pengacara yang disukai ramai iaitu, Awal Ashaari, Sherry Alhadad dan Haziq Hussni.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

 

Be the first to comment

Leave a Reply