Kaka Azraff Mendedikasikan Ucapan Terima Kasih Kepada Suaminya, Adam Azriff.

Pemenang AJL 35 Kaka Azraff, berterima kasih kepada suaminya Adam Azriff kerana telah banyak berk0rban dan juga memberi sokongan yang tanpa henti kepadanya untuk penglibatan dalam majlis yang sangat berprestij itu.

Kaka memberitahu melalui postingnya di instagram dia sangat berterima kasih kerana suaminya menggantikan tempatnya yang mana sentiasa memberi masa untuk Kaka fokus, mengambil alih rutin harian Kaka dan bangun pagi untuk siapkan anak mereka demi untuk memberi Kaka tidur dengan secukupnya.

Kaka juga turut menulis bahawa suaminya banyak berkorban untuk dia dalam AJL 35 dengan merancang persambahan Kaka serta memberi mood untuk Kaka.

Dalam pada itu, Kaka turut merasakan kejayaan yang diperoleh di pentas AJL35 adalah dari berkat doa suaminya.

Perkongisan yang dibuat oleh Kaka ini mendapat perhatian dan tumpuan dari warganet.

Warganet juga turut menumpang gembira sekaligus mengucapkan ribuan tahniah kepada Kaka.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by K A (@kakaazraff)

 

Dalam pada itu, Kaka turut merasakan kejayaan yang diperoleh di pentas AJL35 adalah dari berkat doa suaminya.

Ahad lalu, Kaka bersama Loca B dan Noki membawa pulang trofi juara AJL35 menerusi lagu mereka, Gila.

Tahniah diucapkan buat Kaka Azraff dan juga sesiapa yang terlibat dengan lagu ‘GILA’

Sumber : gempak

Be the first to comment

Leave a Reply