Syafiq yusof Menyahut Cabaran Dan Berharap Mesej Yang Diterima Melalui Filem ‘Penvnggang Agama’ Ini Diterima Ramai

Pengarah dan penerbit filem muda Syafiq Yusof mengambil cabaran untuk menghasilkan filem berasaskan islamik iaitu Penungg4ng Agama.

Syafiq berkata, dia perlu banyak membuat rujukan demi menghasilkan filem ini dan memberi mesej mesej yang baik kepada penonton.

Minat Syafiq yang sangat mendalam dalam bidang berkarya membantu Syafiq untuk terus berusaha menghasilkan filem yang berlainan.

Dengan menghasilkan filem genre islamik ini, banyak cabaran yang ditempuhi Syafiq salah satu nya perlu selalu membuat rujukan demi menghasilkan skrip dan juga adegan adegan di dalam filem ini.

“Selain itu, konflik Penunggang Agama itu sendiri sememangnya dekat dengan masyarakat dan saya cuba menyampaikan mesej-mesej yang diharap boleh dijadikan sebagai pengajaran buat kita semua,” katanya kepada Gempak.

Syafiq ditemui di MMCineplexes, ECurve, Petaling Jaya untuk tayangan perdana Filem Penungg4ng agama.

Syafiq turut berkata, walaupun bajet untuk penghasilan filem ini tidak sebesar filem filem lain tidak akan menjadikan penghalang untuknya menghasilkan filem yang berkualiti.

Filem Penunggang Agama dilakonkan oleh barisan pelakon hebat antaranya Zul Ariffin, Azira Shafinaz, Nasir Bilal Khan, Sabrina Ali, Salina Saibi, Datuk Jalaludin Hassan, adik Puteri Nurqaseh dan Johan As’ari.

Jangan lupa untuk tonton filem ini di pawagam rumah anda yang akan mula ditayangkan pada 25 Mac ini.

Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau juga boleh strim di Astro GO atau On Demand.

Setiap langganan RM15, penonton berpeluang menonton naskah tersebut berulang kali dalam tempoh 48 jam.

Sumber : gempak

Be the first to comment

Leave a Reply