Syarikat Pindah Pejabat, Lelaki & Rakan Sekerja Balas ‘Budi’ Hadiahkan Makcik Cleaner Gelang Emas

Walaupun seseorang itu bekerja sebagai cleaner, mereka masih manusia biasa yang membanting tulang empat kerat dalam mencari rezeki yang halal walaupun sering dipandang rendah oleh sesetengah masyarakat.

Bagaimanapun, seperti perkongsian seorang lelaki di laman Twitter dikenali sebagai Izwan Sajjer, menceritakan cara dia dan rakan sekerja yang lain ‘menyantuni’ cleaner yang pernah berkhidmat di syarikatnya. Bahkan, stigma neg4tif terhadap golongan ini sama sekali tidak dipraktikkan, malahan mereka sangat menghormati pekerja itu.

Dipindahkan tempat baru

Menerusi thread ringkas itu, lelaki ini menjelaskan cleaner yang dikenali sebagai Kak Jati, merupakan seorang pekerja yang sangat rajin dan disenangi oleh pekerja-pekerja di situ. Walau bagaimanapun, atas sebab syarikatnya terpaksa berpindah ke ibu kota Kuala Lumpur, pekerja itu terpaksa diberhentikan.

Walaupun berat hati untuk melepaskannya, pekerja-pekerja di situ mengambil inisiatif dengan menghadiahkan seutas gelang emas kepada wanita itu. Difahamkan, wanita tersebut telah diserahkan kembali kepada agensinya semula sebelum dipindahkan ke tempat lain. Menerusi foto yang dikongsi, dapat dilihat re4ksi gembira Kak Jati menerima hadiah tersebut.

Hadiah untuk Kak Jati

Semoga dimurahkan rezeki!

 

Sumber: Izwan Sajjer  via Ohbulan

Be the first to comment

Leave a Reply