Ariana Grande Diumumkan Sebagai Juri Baru The Voice

Penyanyi berbakat dan dikenali ramai Ariana Grande dilantik sebagai salah seorang juri bagi program ‘The Voice’, program ini merupakan program yang mencari bakat dalam nyanyian.

Ariana Grande dilantik menjadi juri dalam program ini bagi menggantikan salah seorang juri iaitu Nick Jonas.

Program ini yang bakal memasuki musim ke-21 dan akan dimeriahkan lagi dengan juri termasuk Ariana Grande dan juri-juri terdahulu Kelly Clarkson, Blake Shelton, dan

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ariana Grande (@arianagrande)

John Legend.

 

Ariana cukup menggemari program The Voice ini dan sebenarnya Ariana Grande sudah lama mendapat peluang untuk menjadi sebahagian daripada keluarga The Voice.

“Dia menggantikan Nick Jonas, yang sekarang ini menjadi juri untuk musim ke-20. Jonas terpaksa meninggalkan program itu selepas ini tetapi berkemungkinan dia akan kembali,” kata seorang sumber.

Ariana sudah muncul dalam The Voice pada tahun 2016 untuk membuat persembahan tapi bukan untuk menjadi juri.

“Saya rasa terhormat dan bersemangat untuk menjadi sebahagian daripada keluarga The Voice! Saya telah menjadi peminat tegar program ini sudah lama,” ulas Ariana.

“Saya tidak sabar untuk berlawan dengan juri-juri hebat yang lain, untuk mencari bakat-bakat baharu dan membantu mereka berjaya ke peringkat seterusnya,” jelasnya lagi.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply