Wanita Ini Mendedahkan Perbezaan Ketara Antara Dia Dan Suaminya Apabila Keluar Bersama Ke Shopping Mall Setelah Ini Yang Dipakai Yang Suaminya

Lelaki dan wanita memang mempunyai pandangan yang sangat berbeza dalam sesuatu perkara. Contohnya kalau bab berpakaian, perempuan selalunya akan bersiap cantik-cantik setiap kali mahu keluar. Tetapi berbeza dengan lelaki, apa yang diutamakan mereka ialah keselesaan. Sama situasi yang dikongsikan tentang gelagat suami isteri ini apabila keluar dating bersama.

Wanita ini berkongsikan perbezaan yang ketara antara dia dan suaminya apabila mereka keluar bersama-sama ke sebuah shopping mall baru-baru ini. Video tersebut turut mendapat pelbagai reaksi daripada lelaki dan perempuan yang turut sama mempunyai pandangan yang berbeza.

Di dalam video yang dikongsikan ini, wanita ini dilihat berpakaian cantik dengan blouse dan seluar putih semasa mereka keluar di sebuah mall. Manakala suaminya pula hanya memakai t-shirt putih bersama-sama kain pelekat sahaja. Di ruangan kapsyen juga, wanita ini hanya mampu redha sahaja dengan perangai suaminya itu setiap kali keluar bersama.

Video ini mendapat pelbagai reaksi apabila ramai yang memberikan pendapat mereka di ruangan komen. Kebanyakan lelaki mengakui kain pelekat lebih selesa dan mereka juga lebih suka untuk memakai pakaian yang simple sahaja. Manakala kaum wanita pula mengatakan mereka sudah pasrah dengan situasi ini setiap kali keluar dengan suami mereka.

“Aku sokong kau bang, selesa berkain lagi. Dah la tak lemas lepastu sejuk pulak.”

“Gitu lah saya semenjak kahwin 3 bulan ni..”

“Sama bro. Aku masuk mall kadang pakai gitu je sebab nak cepat..”

“Laki yang pakai macam ni hanya lah untuk good looking sahaja.”

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : HCL

Be the first to comment

Leave a Reply