“walaupun dikatakan tegang, namun ia tidak memberi kesan kepada kebahagiaan kami”

Baru sahaja mendirikan rumah tangga namun satu demi satu ko.ntroversi terpalit, bagaimanapun selebriti popular Noor Neelofa berkata ia tidak menggoyahkan hubungannya dengan suami, PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail.

Namun kata Neelofa, biarpun berdepan dengan situasi tegang dek dilanda pelbagai k.ontroversi, namun perkara itu tidak sama sekali meng.ganggu gugat kebahagiaanya bersama suaminya, PU Riz.

“Alhamdulillah, baru saja beberapa minggu berkahwin, walaupun keadaan boleh dikatakan tegang, namun ia tidak memberi kesan kepada kebahagiaan kami.

Kami adalah satu pasukan dan selalu berbincang mengenai apa yang patut dan tidak dilakukan. Untuk bahagian itu, Alhamdulillah“, jelasnya ketika ditemui pihak media di majlis pelancaran program Infaq Kasih Neelofa.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Dalam pada itu, Neelofa enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan dia dan suami mel.anggar prosedur operasi standard (SOP) pada majlis perkahwinan dan merentas negeri ke Langkawi baru-baru ini.

“Saya tak nak komen banyak. Suami pesan janganlah panjang-panjangkan. Dia pun tak ada dengan saya sebab bapa saudaranya meningg.al du.nia semalam (kelmarin)”, ujarnya.

Sumber : rotikaya

Be the first to comment

Leave a Reply