Foto Zizi Kirana Berhijab, Ramai Puji Hormat Bulan Ramadan

RAMADAN kali ini merupakan tahun ketiga penyanyi Zizi Kirana meneruskan amalan menutup aurat bagi menghormati bulan mulia ini.

Sama seperti tahun sebelumnya, Zizi atau nama sebenar Nur Fazelah Mad Tahil, 36, berkata dia mengenakan tudung itu atas kerelaaan diri sendiri.

Zizi berkata dia turut memohon orang ramai supaya mendoakan yang baik-baik agar selepas ini dia akan terus berhijab.

“Alhamdulillah, tahun ketiga saya masih saya..bulan Ramadan ini saya teruskan bertudung.

“Sama seperti yang saya pernah katakan sebelum ini…saya mohon orang ramai mendoakan yang baik. Manalah tahu saya akan terus bertudung selepas ini,” katanya.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by KIRANA (@zizi_kirana)

Menerusi Instagram, Zizi dilihat ada memuat naik fotonya mengenakan tudung dan jubah. Rata-rata netizen memuji penampilannya itu serta mendoakan agar kekal tampil sedemikian.

“Zizi ni paling cantik masa bulan Ramadan… pakai tudung dan sebagainya, harap dia dapat istiqamah dan cantik sampai bila-bila.

“Subhanallah cantik sangat… sejuk mata kami memandang!” tulis pengikut pada ruangan komen.

 

Sumber : mstar

Be the first to comment

Leave a Reply