Datuk Ziela Jalil tidak kisah golongan Instafamous menjadi pelakon.

Baru-baru ini heb0h apabila ramai di kalangan artis ataupun pelakon kes4l dengan sifat-sifat baharu dari kalangan pendatang baharu yang seolah tidak mengambil serius untuk berlakon.

Penerbit dan juga seorang pelakon dikenali ramai Datuk Ziela Jalil memberitahu dia tidak kisah apabila golongan instafamous mencuba untuk jadi pelakon. Malah dia turut berkata sebagai seorang penerbit dia perlu mengikut apa yang dimahukan atau yang diminta oleh penonton.

“Rezeki masing-masing di tangan Allah. Contohnya saya jual kuih dan orang lain pun jual kuih, masing-masing ada rezeki. Saya sebagai penerbit kena ikut apa yang penonton nak.

“Kalau mereka berikan keuntungan kepada penerbit dari segi ‘rating’ dan pulangan tentulah saya ambil. Kita tak boleh buat cerita syok sendiri dan kena ikut apa yang penonton mahu,” katanya.

Datuk Ziela turut berkata, barisan pengarah dan juga pelakon pelakon lama perlu memberi sokongan kepada instafamous yang mana berlakon demi untuk menjayakan watak masing-masing.

“Kalau betul pun orang itu tak boleh berlakon, pengarah dan pelakon lain kenalah sokong dan tolong dia supaya dapat hidupkan watak.

Ziela juga turut memberi tegvran kepada pelakon baharu supaya tidak sombong terhadap pelakon-pelakon senior, cukup sekadar pelakon baharu ,e,beri senyuman terhadap pelakon lama.

“Zaman saya apabila jumpa pelakon lama, kami akan tegur serta salam cium tangan,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Be the first to comment

Leave a Reply