Hannah Delisha Teruja Dapat Membintangi Satu Drama Bersama Suaminya Buat Kali Pertama

Hannah Delisha yang juga seorang pelakon jelita merupakan isteri kepada Imam Shah yang juga seorang pelakon dari Singapura.

Beliau bakal berganding bersama suaminya buat kali pertama dalam satu drama selepas mendirikan rumah tangga.

Dua tahun lalu, Hannah pernah berganding bersama Imam Shah di Singapura tetapi sebelum ini tidak bergelar suami isteri.

Hannah berkata, drama yang beliau bersama suami sekarang ini berbeza dibandingkan dengan drama sebelum ini kerana genre-nya yang berbeza.

“Projek lakonan pertama bersama suami di Malaysia. Sebelum ini kami pernah digandingkan bersama dua tahun lalu di Singapura.

“Kisah Rumah Tangga: Rindu Salah Alamat ini merupakan drama genre berbeza daripada yang kami pernah berlakon sama sebelum ini.

Hannah sangat teruja dengan drama ini malah penggambaraan untuk drama ini dalam bulan ramadhan dan sangatlah mencabar kata Hannah.

Menerusi instagram suaminya, Iman memuat naik satu posting babak lakonan mereka, daripada perkongsian tersebut ramai netizen meninggalkan reaksi tidak sabar untuk menonton drama ini sekaligus menonton wabak Hannah bersama suaminya.

Hannah dan Imam sudah menjalin hubungan cinta sejak lima tahun lepas dan mendirikan rumah tangga pada 18 Februari lalu di Singapura.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Be the first to comment

Leave a Reply