“Aku tak nak pun. Dia yang sibuk belikan” – Bekas Suami Anju Tampil Buka Mulut Perjelas Isu Beg Mewah

Umum mengetahui, pelakon, Zarina Anjoulie dan suaminya Eilyas Azhar telah sah berce.rai hari ini. Berita tersebut dikongsikan oleh Anju sendiri di akaun Instagramnya.

Eilyas atau lebih dikenali sebagai Yas berkata tindakan Zarina itu sekadar meraih perhatian masyarakat selain bertujuan mencem4rkan maruahnya sebagai suami.

Alhamdulillah aku dah cer4i. Anju nak benda ni viral supaya dia boleh dapat views tinggi. Jom support dia guys, bagi dia perhatian sebab semua orang, anjing, kucing tengah kisah tentang dia.

Bunga bukan sekuntum, maruah sajalah yang kena jaga. Maruah diri lagi, famili, anak-anak lagi. Dah cukup kut bersabar, malas dah. Baik fokus diri sendiri. Aku dah banyak bagi muka sampai aku tak ada muka dah, hiduplah kau dengan tenang. Innalillah.

“Aku cer4ikan Zarina Anjoulie dengan talak satu sekarang. Mana tahu nanti tiba-tiba dia cakap dia tak tahu ke… hakim nak minta saksi tapi tak ada ke. Eloklah aku selitkan lafaz dekat sini sekali! Tak ada apa dah aku nak cakap,” katanya menerusi Instasory pada Isnin.

Cerai talak tiga terus la

“Megah habis la tu ceraikan aku dekat Instagram. Bro aku nak c.erai talak tiga terus. Kalau kau ada telur aku nak kau buat ye. Punya la batak views nak b.akar beg aku belikan. Tapi duit RM500 yang aku bagi semalam kau simpan pula. Asal tak bakar sekali? Nampak sangat batak views. B.akar la duit aku kasi semalam tu.”

Pasangan ini bercer4i kali kedua.

Menjelaskan mengenai beg mewah jenama Gucci yang dituntut oleh Zarina dalam muat naik sebelum ini, Eilyas memberitahu bekas isterinya itu yang berkeras mem.aksanya menerima hadiah tersebut.

“Beg tu cerita dia aku tak nak pun. Dia yang sibuk belikan, p.aksa pakai. Kemudian waktu cer4i pertama hari itu aku bagi balik, sikit pun aku tak heran. Aku pulang je baik-baik tak ada bising-bising… bukan aku hamak pun benda ni.

“Kemudian rujuk, dia suruh aku ambil balik beg tu, aku tolak tapi dia duk push suruh ambil siap cakap ‘ikhlas’. Itu ikhlas dia untuk kali kedualah untuk beg b.odoh ni, kemudian jadi lagi benda ni dia ulang balik. Ingat aku ada masa ke nak layan benda b.angang ni?

“B.akar jelah, tak pun jual. Nak sembang hukvm dengan aku bab ikhlas pun dia macam tak tahu apa maksud ikhlas. Aku pun dah bagitahu lama dah kalau jadi lagi benda jijik ni aku memang b.akar terus,” ujarnya.

Eilyas mendirikan rumah tangga dengan Zarina pada 17 Julai tahun lalu di Pejabat Agama Islam Daerah Seremban, Negeri Sembilan.

Zarina sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan jejaka berasal dari Brunei pada tahun 2015 dan bercer4i pada Disember 2016.

Sumber : mstar

Be the first to comment

Leave a Reply