“Duduk Rumah Jangan Jadi Seperti Malaysia…” – Menteri

Jika dahulu kita berbangga diiktiraf antara terbaik yang mengawal pandemik C.OVID-19, kini situasi bagaikan terbalik apabila Kementerian Kesihatan Indonesia menjadikan Malaysia dan India sebagai pengajaran buat rakyatnya.

Kenyataan tersebut dibuat oleh jurucakap kementerian kesihatan negara itu, Dr Siti Nadi Tarmizi menerusi satu posting rasmi di akaun Twitter Kemenkes RI.

Menurut posting itu, varian ketiga yang muncul lebih cepat menular berbanding sebelumnya.

“Belajar dari India dan Malaysia, kita tentunya tidak ingin Indonesia mengalami hal yang sama.

“Masyarakat diimbau untuk semakin ketat menerapkan protokol kesihatan 3M dan mengurangi mobilitas ke luar rumah apabila tidak mendesak,” tulis ciapan akaun Twitter kementerian negara itu.

3M merujuk kepada SOP pemakaian pelitup muka, cuci tangan dan penjarakan fizikal.

 

Hal ini terlihat dari beberapa negara yang telah mengesahkan kenaikan kes seiring ditemukannya varian baru ini di negaranya.

Ciapan itu turut memaparkan poster Dr Siti Nadi Tarmizi yang menjelaskan faktor penyebab lonjakan kes di Eropah dan India adalah kerana wujud pergerakan tinggi dan varian baru.

Ia sebagai nasihat kepada rakyatnya untuk kekal berada di rumah dan tidak mengadakan perjalanan pulang ke kampung.

Sumber : Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply