“Neelofa bijak. Kita semua b0doh” Keliru SOP Ziarah Aidilfitri Berubah, Warganet Tuntut Penjelasan Balai Polis Brickfields

Pada Selasa lalu, Neelofa dan beberapa orang ahli keluarganya telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields dipercayai untuk memberi keterangan berhubung dakwaan mel4nggar prosedur operasi standard (SOP) kerana melakukan ziarah Aidilfitri.

S1iasatan dijalankan selepas sebuah video Neelofa dan ahli keluarganya yang disyaki tidak tinggal sebumbung beraya bersama, dimuat naik di Twitter dan menjadi viral.

Belum pun reda isu tersebut, media sosial kembali kecoh apabila Ketua Polis Daerah Brickfields, Anuar Omar telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung siasatan kes perl4nggaran SOP melibatkan selebriti itu dan keluarganya.

Siaran media tersebut bagaimanapun menimbulkan kekeliruan di kalangan warganet apabila menyebut pergerakan di dalam kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dibenarkan dan dikira sebagai satu kawasan jangki1tan.

Menerusi bebenang di Twitter dan ruangan komen di Facebook rata-rata warganet mempertikai kenyataan tersebut dan mendakwa SOP telah berubah.

Mereka turut memuat naik tangkap layar SOP yang perlu dipatuhi rakyat seperti yang diumumkan Datuk Seri Ismail Sabri mengenai ziarah Aidilfitri tidak dibenarkan.

Difahamkan, bekas peguam dikenali sebagai Sir Kamarul di Twitter, telah menghubungi balai polis Brickfields untuk mendapatkan kepastian mengenai perkara tersebut.

Namun, jawapan diterima mengejutkan apabila Sir Kamarul mendakwa seorang polis berpangkat koperal mengesahkan siaran media tersebut.

Sir Kamarul juga diminta untuk datang ke balai polis untuk mengetahui dengan lebih lanjut dan dimaklumkan kes tersebut selesai.Sehingga kini warganet masih menuntut penjelasan dari Balai Polis Brickfields berhubung SOP sebenar Ziarah Aidilfitri.

KOMEN PEGUAM :

Guys! Ni kenyataan media dari Ketua Polis Daerah Brickfields.

“Pergerakan di dalam kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagaimanapun dibenarkan dan ianya dikira sebagai satu kawasan jangki1tan.”

Kita semua kena t1pu beb. Sebenarnya masa 1 Syawal hari tu, boleh aje nak ziarah rumah ke rumah. Asalkan dalam satu kawasan jangkitan yang sama.

Neelofa bijak. Kita semua b0doh

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaMedia

Sumber : GEMPAK

Be the first to comment

Leave a Reply