“Lajunya Jalan, Beran4k Ke Tak Tu..” – Gelagat Ain Edruce Yang Masih Aktif Selepas Bersaiin Cvi Tumpuan

Pelakon dan pengacara, Ain Edruce selamat melahirkan anak semalam selepas berjam-jam menunggu saat kelahiran di bilik hospital. Selepas sekian lama berteka-teki tentang jantina anak mereka, akhirnya terlerai sudah pertanyaan semua apabila Ain mendedahkan di laman Instagram miliknya bahawa dia berjaya menimang seorang anak perempuan. Ternyata tekaan Ain salah dan kali ini jangkaan Amirul lebih tepat.

Terbaru, seorang jururawat yang menguruskan Ain di hospital sepanjang proses melahirkan anak ada berkongsikan momen-momen bersama Ain di akaun Tiktok miliknya. Katanya, Ain adalah seorang artis yang sangat “humble” dan baik hati. Walaupun baru sahaja lepas bersalin, dia masih aktif dan sudi melayan jururawat-jururawat di hospital.

Menerusi sebuah video yang dikongsikan, Ain dilihat sangat mesra dan aktif. Dikenali dengan perangainya yang “gila-gila” Ain ternyata masih membawa karakter yang sama walaupun berada dalam keadaan di mana kebanyakan ibu mesti sudah mula merasa penat dan hanya ingin berehat. Dia dilihat membuat “room tour” bersama jururawat-jururawat di hospital berkenaan sebelum dia bersiap sedia untuk pulang ke rumah.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by NURULAIN BT EDRUCE (@ainedruce)

Apa yang lebih menjadi perhatian ramai adalah Ain yang dilihat berjalan laju seperti tidak terasa sak!t selepas bersalin. Rata-rata para ibu meninggalkan komen di posting tersebut dengan rasa “seriau”. Mereka turut menceritakan pengalaman mereka melahirkan anak dan membuat perbandingan. Ternyata ibu-ibu lain pun takut nak berjalan laju seperti Ain.

Walaupun risau melihat Ain sudah berjalan laju dan bergerak aktif sebegitu, mereka kagum dengan Ain. Walaupun ini pengalaman pertama melahirkan anak namun Ain nampak sangat rileks dan kuat. Ain dilihat sentiasa tersenyum dan boleh lagi menghiburkan orang lain.

Sebelum ini ketika sedang menunggu untuk melahirkan anak, Ain sempat lagi bermain Tiktok dan Instagram. Bukan itu sahaja, dia juga tidak putus-putus menyakat suaminya Amirul. Nampak macam Amirul yang nervous lebih. Memang “gila-gila” dan ‘happening’ je Ain ni. Apa pun, kita ucapkan tahniah buat Ain dan Amirul. Kita doakan semoga perjalanan berpantang Ain dipermudahkan.

Sumber: Syafirdafa , Ain Edruce

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaMedia

Sumber : koolfm

Be the first to comment

Leave a Reply