“Wrga Emas Minta Sedek4h Nak Beli Air,” Men4ngis Cerita Diab4i 5 Anak

Ibu bapa merupakan orang paling penting dalam kehidupan kita. Namun, jika suatu hari nanti mereka sudah tua, janganlah kita meninggalkan mereka dalam keadaan seorang diri apabila sudah berjaya dalam kerjaya masing-masing.

Hal ini dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok apabila memuat naik satu video seorang lelaki warga emas berusia lebih kurang 70 tahun meminta sedekah RM1 untuk membeli minuman.

Dalam video tersebut, lelaki warga emas itu turut menceritakan serba sedikit mengenai dirinya yang mempunyai 5 orang anak dan masing-masing sudah berkeluarga.

Dia juga sempat menasihati pemilik akaun TikTok iaitu @boy2421_ tentang kehidupan berkeluarga apabila berumah tangga kelak.

@boyy2421_

Minta tolong viral.. biar buka mata sikit buat ank2 dia..walaupon dugaan pakcik mcm ni tpi kmi yakin allah sllu ada untuk pakcik..#viral #fyp #fypdong

♬ bunyi asal – abe Joe bachok

Pakcik tersebut memaklumkan dia tidak mahu mengganggu anak-anaknya kerana masing-masing sudah berkeluarga. Di akhir video berkenaan, warga emas itu sedikit sebak apabila menceritakan tentang anaknya.

@boy2421_juga sengaja memuat naik video tersebut supaya mebuka mata anak-anak pakcik berkenaan dan berharap agar kehidupan lelaki itu terus dilindungi oleh Allah S.W.T.

“Minta tolong viral.. biar buka mata sikit buat ank2 dia..walaupon dugaan pakcik mcm ni tpi kmi yakin allah sllu ada untuk pakcik..”

Sehubungan dengan perkongsian terbabit, rata-rata warganet berasa sebak dan berharap agar sesiapa yang masih ada ibu bapa menjaga mereka sebaiknya diwaktu tua nanti.

Namun, ada juga yang berharap cerita yang disampaikan pakcik berkenaan bukan rekaan kerana bimbang akan ada yang menyatakan membuka aib keluarga.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaMedia

Sumber: https://www.motifviral.dnqj.my/

Be the first to comment

Leave a Reply