Tidak Boleh Lama Dalam Mall Antara Syarat PKP 3.0

PROSEDUR operasi standard (SOP) sektor perdagangan pengedaran dikemas kini dengan mengenakan beberapa sekatan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Berkuatkuasa 25 Mei 2021 ini, ia seiring hasrat kerajaan mengurangkan pergerakan orang ramai kecuali untuk tujuan penting sahaja.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwah Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, jika langkah tersebut dapat dilaksanakan sepenuhnya dengan kawalan kendiri daripada semua pihak ia boleh membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melandaikan lengkung kes C0v1.d-19 dengan lebih cepat dan dapat meneruskan usaha pemulihan ekonomi negara.

“Antara SOP yang dikemas kini ialah waktu operasi sektor perdagangan pengedaran termasuk semua premis peruncitan, pemborongan, pengedaran dan restoran dihadkan di antara jam 8 pagi hingga 8 malam kecuali bagi kedai farmasi dan penjagaan diri (kecuali yang tersenarai di bawah aktiviti yang tidak dibenarkan seperti SPA, wellness dan perkhidmatan manicure dan pedicure) dikekalkan di antara jam 8 hingga 10 malam.

“Selain itu juga SOP tersebut juga turut mewajibkan had jumlah pelanggan di dalam semua premis peruncitan termasuk kompleks membeli-belah dalam satu-satu masa mengikut keluasan premis perniagaan dengan penetapan satu orang bagi setiap empat meter per persegi,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Dalam pada itu, Nanta berkata, tempoh masa pelanggan di dalam semua premis peruncitan termasuk pusat membeli-belah juga dihadkan kepada maksimum dua jam sahaja dan had kapasiti pekerja bagi semua premis peruncitan, pemborongan, pengedaran serta kompleks membeli-belah termasuk pengurusan, operasi dan sokongan ditetapkan sebanyak 60 peratus.

Katanya, premis peruncitan termasuk pusat membeli-belah yang tersenarai di bawah Sistem Hotspot Identification for Dynamic Engagement (HIDE) yang masih berisiko tinggi selepas penilaian risik0 dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan ditutup serta-merta selama tiga hari bagi tujuan sanitasi.

“Bagi memastikan usaha itu dilaksanakan dengan efektif, kementerian memohon semua pemain industri di bawah sektor perdagangan pengedaran untuk memastikan SOP tersebut dipatuhi sepenuhnya oleh pekerja dan pelanggan masing-masing.

“Pemilik-pemilik premis perniagaan juga hendaklah sentiasa proaktif, peka dan memastikan pematuhan SOP sentiasa berada ditahap yang maksimum bagi memastikan keselamatan premis masing-masing dan orang ramai dapat terpelihara,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, KPDNHEP juga akan menggerakkan 2,262 pegawai penguat kuasa di seluruh negara untuk memastikan pematuhan sepenuhnya SOP yang telah diperketatkan disemua premis-premis perniagaan peruncitan, pemborongan, restoran dan pengedaran.

Jelasnya, penguatkuasa KPDNHEP juga akan memperhebatkan pemeriksaan premis perniagaan termasuk pada hujung minggu dan hari cuti.

“KPDNHEP sebagai salah satu agensi yang diperturunkan kuasa untuk menguatkuasakan PKP di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyak1t Berj4ngkit 1988 (Akta 342) tidak akan berkompr0mi dalam mengambil tindakan tegas termasuk mengenakan komp4un.

“Kementerian juga tidak teragak-agak untuk mencadangkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk menutup serta merta mana-mana premis yang didapati tidak mematuhi SOP PKP yang diperketatkan ini, ” katanya.

PKP 3.0: Sekatan jalan raya ditambah, pemeriksaan diketatkan lagi

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menambah jumlah sekatan jalan raya dan pasukan pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan peningkatan jumlah kes j4ngkitan C0V1.D-19, akhir-akhir ini.

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Zainal Abidin Kasim, berkata jumlah sekatan jalan raya ditambah kepada 441 di seluruh negara sejak dua hari lalu.

Langkah menambah sekatan jalan raya itu, katanya bertujuan membuat semakan lebih teliti ke atas pengguna jalan raya yang melakukan pergerakan rentas daerah dan negeri selain menyekat sebarang pergerakan yang tidak mendapat kebenaran.

“Kita kuatkan sekatan dan buat semakan lebih teliti termasuk ke atas pengguna jalan raya bertujuan untuk bekerja, walaupun mereka ada surat daripada majikan dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

“Ini termasuk mereka yang mempunyai permit pergerakan PKP daripada polis untuk tujuan kecemasan atau pasangan jarak jauh (PJJ) atau tujuan lain yang dibenarkan, kita akan semak lebih teliti kerana kita tidak mahu berlaku penipuan,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Jelas beliau, penambahan jumlah sekatan jalan raya itu dibuat atas arahan Ketua Polis Negara (KPN) susulan berlaku peningkatan jumlah jangkitan C0V1.D-19 dalam negara yang mencecah angka lebih 6,000 kes sejak kebelakangan ini.

Dalam pada itu, katanya pihaknya turut membuat keputusan menambah jumlah pasukan pemantau pematuhan SOP PKP bagi menambah kekuatan pemantau sedia ada selain untuk menambah jenis pemantauan, bermula semalam.

“KPN sudah membenarkan anggota daripada unit bantuan seperti Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) untuk ditugaskan dalam pasukan pemantau SOP selain sebagai bantuan kepada kontinjen polis negeri yang mengalami kekurangan sumber manusia.

“Bagi negeri-negeri yang mempunyai ‘base’ (kem atau cawangan) untuk pasukan berkenaan termasuk unit-unit lain, akan menggunakan khidmat mereka dalam pasukan pemantau SOP ini,” jelasnya.

Beliau berkata, penambahan itu termasuk anggota dan pegawai PDRM yang sebelum ini tidak bertugas di lapangan atau tidak ditugaskan dalam pasukan pemantau sedia ada.

“Pasukan pemantau sedia ada tidak mampu untuk membuat pemantauan di semua lokasi atau terus melakukan pemantauan di lokasi yang sama 24 jam. Pemeriksaan dijalankan secara raw4k namun mulai semalam, kita tambah jenis pem4ntauan.

Dalam pada itu, katanya susulan keputusan kerajaan mengetatkan SOP PKP 3.0 yang diumumkan hari ini yang mana kebanyakan aktiviti perniagaan hanya dibenarkan daripada jam 8 pagi hingga 8 malam sahaja mulai Selasa ini , pemeriksaan SJR akan lebih ketat selepas jam 8 malam.

“Ini untuk memastikan tiada sebarang pergerakan tidak dibenarkan dalam kalangan pengguna jalan raya.

“Selain itu, kita minta orang ramai mengamalkan kawalan kendiri dan terus mematuhi SOP bagi mengelak dikenakan tindakan. Elakkan aktiviti secara berkumpulan, sekiranya kita terima laporan, anggota kita akan lakukan pemeriksaan,” katanya.

Zainal Abidin berkata, rata-rata orang ramai mematuhi SOP walaupun ada segelintir pihak yang masih ingk4r namun pihaknya akan terus melakukan pemeriksaan dan pem4ntauan bagi memastikan orang ramai terus mematuhi SOP yang ditetapkan.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaMedia

Sumber: http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment

Leave a Reply