“Terbaiklah Inspektor Wahed…” -Reaksi ‘Santai’ Dan Tegas PoIis Ketika Dirakam Individu Ini Raih Perhatian

Sungai Siput: Lelaki dikompavn RM1,500 kerana tidak mencatatkan rekod butiran diri ketika ke sebuah premis selain tidak memakai pelitup muka ketika membeli minuman ker4s di sebuah pasar mini di Kampung Muhibbah di sini, petang kelmarin.

 

Lelaki berusia lingkungan 30-an itu juga cuba mempr0vokasi pegawai polis berpangkat inspektor yang mengeluarkan kompavn terhadapnya sambil merakam video.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, kompavn RM1,500 turut dikenakan kepada pemilik premis itu kerana gag4l memastikan lelaki terbabit mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengekang penul4ran C0v1d-19.

Menurutnya, pr0vokasi terhadap pegawai polis hanya dilakukan oleh pelanggan premis itu namun pemilik kedai akur dengan tindakan kompavn yang turut dikenakan ke atasnya.

“Lelaki berkenaan didapati memasuki pasar mini terbabit untuk membeli minuman ker4s tanpa mengimbas kod QR MySejahtera atau mencatat butiran diri selain tidak memakai pelitup muka menyebabkan dia ditegur oleh pegawai polis yang sedang melakukan rondaan pemantauan.

“Dia kemudiannya memberi pelbagai alasan kepada inspektor berkenaan sambil merakam reaksi atau tindakan pegawai polis itu.

Gambar daripada rakan video yang tular mengenai tindakan seorang pegawai polis mengkompaun individu ingkar SOP dalam pemantauan Covid-19 di Kampung Muhibbah, Sungai Siput petang kelmarin. Foto Ihsan Pembaca
Gambar daripada rakan video yang tular mengenai tindakan seorang pegawai polis mengkompavn individu ingkar SOP dalam pemantauan C0v1d-19 di Kampung Muhibbah, Sungai Siput petang kelmarin. Foto Ihsan Pembaca

“Tindakannya yang bersifat prov0kasi itu langsung tidak dipedulikan inspektor berkenaan yang juga Ketua Polis Balai Sungai Siput,” katanya ketika dihubungi.

Bagaimanapun, Mohd Khaizam berkata, tiada tindakan lanjut dikenakan bagi tindakannya itu walaupun rakaman video itu sudah tular.

“Saya menganggap perbuatan merakam dan menyebarkan video kejadian itu sebagai sesuatu yang bagus kerana secara tidak langsung beritahu ramai orang bahawa polis akan ambil tindakan tegas terhadap sebarang pelanggaran SOP selepas ini.

“Tambahan pula, lelaki berkenaan secara jelas mengakui kesalahannya yang tidak memakai pelitup muka. Polis tidak teragak-agak mengambil tindakan keras selain tidak berkompromi terutama dalam waktu jangkitan C0v1d-19 mencatatkan angka yang tinggi ketika ini,” katanya.

Terdahulu, dua video yang dirakam lelaki terbabit ditular di Facebook dengan seorang lelaki cuba memprov0kasi pegawai polis dikenali sebagai Inspektor Wahed.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaMedia

Sumber: Hmetro

Be the first to comment

Leave a Reply