
Hati bapa mana yang tidak sebak apabila melihat anak gadisnya kini bergelar isteri orang. Walaupun tidak menunjukkan rasa sedih melepaskan anak tersayang, namun jauh di lubuk hati mereka pasti merasakan hal tersebut.
Hal ini samalah seperti perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Sal apabila memuat naik momen perpisahan kakaknya yang akan mengikut suami selepas berumah tangga.
ya allah..tak pernah rasa sebak camni..#tobat sebak smpai ke hati
โฌ bunyi asal – ๐น๐ธ๐๐๐๐ซ๐๐น – ๐๐น๐๐ท๐ฒ๐ฎ๐๐ช โจ
Selama 29 tahun hidup, bapanya begitu rapat dengan kakak sehingga amat berat untuk melepaskan anak perempuannya pergi.
Walaupun gembira diatas perkahwinan tersebut, namun bapanya terlihat muram apabila kakaknya bersalaman untuk berangkat memulakan kehidupan di Shah Alam bersama suami.
Bapanya juga sempat menitipkan pesan kepada menantunya supaya menjaga anaknya dengan baik dan mendoakan mereka bahagia hingga ke Jannah.
Reply to @abobshahri bengkak dh mata ni…tak leh nk tahan sebak
Ketika kereta menantunya sudah bergerak pergi, bapanya telah pergi ke jalan dan memandang dari jauh kereta bergerak sebelum mengelap air mata menggunakan tuala di bahu.
Balas kepada @nurulafiahfatihah semoga bahagia hingga ke jannah..amin..
Perkongsian tersebut nyata membuatkan warganet turut berasa sebak melihat situasi berkenaan. Rata-rata mereka meninggalkan komen dengan menzahirkan rasa hiba mengenangkan bapa mereka.
Ada juga yang mempunyai kisah sama seperti yang dikongsikan oleh pengguna TikTok itu dan memahami momen yang begitu berat tersebut apabila melangkah ke fasa yang baru.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDM
Jom Like Page Kami Juga Di Facebookย @DiariDuniaMedia
Sumber : https://www.motifviral.dnqj.my/
Leave a Reply