“Kami Hanya Bergurau” Dikcam Hebat Kerana Persnda Pakaian Tradisi Orang Iban, Pasangan Durian Kimchi Tampil Mohon Maaf

Gara-gara memuat naik sebuah video mempersenda pakaian tradisi orang Iban, pasangan personaliti media sosial sensasi Durian Kimchi iaitu Ryzal Ibrahim dan Maryam dikecam hebat oleh netizen dan rakan artis yang tersinggung dengan perbuatannya itu.

Video yang di muat naik itu memperlihat Ryzal memberi komen mengenai pakaian tradisi Iban yang digayakan oleh Maryam dengan membahasakannya sebagai ‘kain meja’ dan ‘alas televisyen’ sehingga mengundang kemarahan ramai, terutamanya rakyat Sarawak.

Bukan sahaja dihentam netizen, malah pasangan itu juga turut menerima kritikan hebat dari rakan-rakan artis seperti Bob Yusof, Alyssa Joanne dan Faye Kusairi yang tidak bersetuju dengan tindakannya mempersendakan pakaian tradisi Iban.

Setelah menerima banyak kecaman dan kritikan, pasangan itu tampil memohon maaf di dalam sebuah video yang di muat naik di laman Instagram mereka.

Ryzal di dalam video itu turut mengakui kesalahan yang dilakukannya disifatkan sebagai ‘tidak menjaga sensitiviti’ rakyat Sarawak, beliau juga menegaskan bahawa tidak ada niat lain selain hanya mahu bergurau dengan isterinya, Maryam.

Malah Ryzal juga memberitahu bahawa isterinya itu tidak ada kena mengena dengan gurauan yang dilontarkannya kerana Maryam tidak memahami apa yang dikatakan oleh beliau.

Kami berharap Ryzal belajar dari kesilapan dan lebih berhati-hati dalam percakapannya selepas ini.

Sumber : Twitter dan Instagram Ryzal Ibrahim, Maryam, Bob Yusof, Alyssa Joanne, Faye Kusairi

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaMedia

Sumber : hotfm

Be the first to comment

Leave a Reply