Rita Rudaini Mahu Bersemuka Dengan Farahanim Razak Disebabkan Mendedahkan Nama Selebriti Antiv4x

Dalam diam pengacara Farahanim Razak telah memuat naik satu hantaran twit memberitahu tentang terdapat selebriti yang merupakan anti v4ksin.

Menerusi satu twit yang dimuat naik di laman Twitter @farahanimrazak, beliau menulis bahawa terdapat dua orang selebriti yang namanya bermula dengan huruf RR dan LL merupakan golongan antiv4x kerana lebih mempercayai dengan teori ‘air rebusan bunga cengkih’ berbanding mengambil suntik4n v4ksin.

Sebelum ini, kec0h mengatakan kononnya air rebusan bunga cengkih dapat dijadikan penawar untuk pesakit C0V!D-19.

Secara tiba-tiba, Rita telah memuat naik screenshot twit berkenaan sebelum ia dipadam daripada Twitter milik Farahanim.

Rita kelihatan bengang kerana baginya Farahanim tidak sepatutnya memuat naik twit berkenaan kerana mereka merupakan jiran dan adalah lebih baik sekiranya perkara itu dibincangkan secara sendiri sahaja.

Sebelum ini, Rita ada memuat naik satu foto menunjukkan beliau sedang membuat air rebusan bercampur serai, bunga cengkih dan beberapa herba lain sebagai salah satu cara untuknya ikhtiar.

“Sistur bukan antivaks, tapi sistur memilih untuk berusaha. Masing-masing ada cara asalkan patuh SOP.”

Dalam masa yang sama, ramai terkejut dengan twit yang dimuat naik oleh Farahanim sehingga membuatkan ada yang mengec4m tindakan pengacara muslimah terebut dan ada juga yang terkejut dengan pendedahan yang dilakukan olehnya.

Apa pun, semoga Farahanim dan Rita dapat selesaikan isu ini dengan segera kerana mereka berdua merupakan public figure dan semestinya apa yang mereka lakukan akan mempengaruhi peminat.

Sumber foto: Intagram Rita Rudaini

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaMedia

Sumber: hot.fm

Be the first to comment

Leave a Reply