Ameera Meraih Perhatian Ramai Apabila Memilih Untuk Tinggal Di Kelantan

Ameera membuat sesi soal jawab di instagram baru-baru ini dan mendapati ada soalan yang ditujukan kepadanya sama ada memilih untuk tinggal di Kelantan ataupun tidak, dan jawapan Ameera mengejutkan ramai apabila memilih untuk di Kelantan jika ada peluang.

Ameera Khan merupakan adik kepada Pelakon dan Usahawan terkenal Neelofa ataupun mesra dipanggil Little Miss Khan (LMK).

Status yang dibuat oleh Ameera di laman sosial instagram turut dibawa sehingga ke laman Twitter oleh netizen, daripada status tersebut di laman twitter Ameera turut mendapat pelbagai respon, tak cukup di laman instagram di laman twitter juga dapat meraih pelbagai komen.

Memetik daripada komen tersebut, ada juga yang bersetuju untuk LMK menetap di Kelantan tetapi ada juga yang turut menghalang Ameera dari pindah ke Kelantan.

“Masa sekolah dulu buat video cakap kat rumah tak boleh cakap Kelate bapak dia suruh cakap English je. Padahal soro alik belakang kakak-kakak duk ngupak (mengata) kuk Kelate jah blako,” sahut individu lain.

“Kalau balik Kelantan people can no more call her Kardashian Kelantan. Jadi mek Kelate doh,” tambah pengguna lain.

“Tak kira lah KL ke Kelantan ke duduk je lah diam diam, jangan menyakitkan hati orang. Bagi duduk kat Taiping karangg pe’el nya rupa gitu jugak apa guna,” nasihat individu lain pula.

“IF I HAD A CHOICE. Maksudnya Kelate belum ada dalam senarai pilihan dia lagi kot. Mungkin nak balik kampung Uzbekistan dulu,” kata individu lain.

“Kalau dia pindah kelantan tak dapatlah dia job model dan review berbayar makanan tu..sebab kita semua sedia maklum yang ‘Selangor’ ni macam lubuk rezeki untuk influencer dan model..kat sini banyak job macam tu…sebab tu la kot little miss khan tu stay kat Selangor lagi,” kata pengguna lain.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaMedia

 

Be the first to comment

Leave a Reply