Azar Azmi Sudah Serik Putvs Tunang Dan Mengambil Keputusan Merahsiakan Identiti Kekasihnya.

Azar Azmi yang juga seorang pelakon jelita pernah mengalami kisah putus tunang pada februari tahun lepas.

Daripada peristiwa tersebut, beliau nekad untuk merahsiakan identiti kekasih barunya.

Beliau turut mengakui sudah ada pengganti dan beliau berkata pengalaman yang dilaluinya itu mengajar beliau untuk lebih berhati-hati dalam berkongsi hal cinta kepada khalayak ramai.

“Ya, saya sedang bercinta dan mengenali hati budi sesesorang buat masa ini. Namun, saya mengambil keputusan untuk tidak berkongsi identitinya kepada umum. Sampai masanya saya akan berkongsi juga dengan peminat dan media,” katanya.

Buat masa sekarang ini, Azar ingin semua peminatnya mengetahui dia sudah dimiliki seseorang tetapi tidak berkongsi akan identiti lelaki bertuah tersebut kerana ser1k dengan kejadian putvs tunang.

“Saya tidaklah sedih atau terlalu kecewa selepas putus tunang. Saya orang yang positif dan yakin setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya.

“Setakat ini cukuplah orang tahu hati saya telah dimiliki. Saya bimbang jika berkongsi terlalu awal, hubungan tersebut tidak menjadi. Jadi, biarlah dirahsiakan terlebih dahulu,” ujarnya.

Ditanya sama ada kekasih barunya itu dikalangan selebriti atau orang biasa, Azar menjawab,” Biarlah menjadi presoalan,” katanya.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaMedia

 

Be the first to comment

Leave a Reply