
Kehilangan ibu memang paling memeritkan bagi setiap orang, apatah lagi apabila insan itu pergi buat selama-lamanya ketika anak masih kecil. Sebuah video yang viral di TikTok menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan menggantikan tugas menjaga adik-beradiknya mendapat perhatian netizen.
Dapat pek daging terus panaskan untuk adik makan
Menerusi video yang dimuat naik oleh Salwa Naidin di akaun TikTok, memaparkan kanak-kanak berkenaan kelihatan teruja selepas mendapat agihan pek daging q.urban di Sabah.
Kanak-kanak itu terus membuka pek daging itu untuk memanaskan lauk. Setelah selesai memasak, dia menyuapkan adik-adiknya dahulu dengan penuh rasa kasih sayang.
Video tersebut meraih simpati ramai netizen yang bersimpati dengan nasib kanak-kanak itu semua yang sudah ketiadaan insan bergelar ibu pada usia yang sangat muda.
Namun apa yang lebih menyedihkan adalah apabila mereka baru sahaja kehilangan ibu yang meninggal dun1a akib4t kegguran.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet sebak melihat kanak-kanak perempuan berkenaan menjaga adik beradiknya. Malah ada juga di antara mereka yang mendoakan agar mereka sekeluarga sentiasa berada dalam lindunganNya.
Bagaimanapun, Salwa mendedahkan bahawa mereka masih mempunyai ayah yang bekerja sebagai seorang nelayan dan ibu saudara yang menjaga mereka.
Perkongsian tersebut menc.uri perhatian netizen yang mana rata-rata mereka terharu melihat kegigihan seorang kakak sanggup menjaga adik-adik biarpun masih muda.
Tambahan lagi kanak-kanak perempuan itu dilihat sentiasa tersenyum riang bagaikan tiada sebarang keresahan dalam hidupnya.
Salwa turut mengajak orang ramai untuk berkongsi rezeki dengan keluarga itu dengan memberikan sumbangan melalui website yang disediakan di sini.
Sumber : lm
Leave a Reply