Meriahnya!! Sambut Ulang Tahun Datuk Nora Arffin Walaupun Hanya Secara Virtual Sahaja

Penyanyi, Datuk Nora Ariffin telah menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-48 bersama kelab peminatnya, FaNoraTik.

Meski ia dilakukan secara virtual menerusi aplikasi Google Meet, namun suasananya tetap meriah.

Pada masa sama, Nora atau nama lengkapnya Wan Norafizah Wan Ariffin meluahkan rasa syukur dan gembira kerana berpeluang meraikan ulang tahun kelahiran bersama kelab peminatnya meski Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) masih dilaksanakan di seluruh negara.

“Alhamdulillah syukur pada Allah SWT.The best bday celebration ever dlm PKP. Google meet with fanoratik (kat laptop) & surprise bday cake frm my dearest son, Iman, Sofea, Putri, Fatehah & Ayden.

“Thank you so much everyone.Thank you @eilyasofea sudi ajar adik2 buat kek yg best. Mama sayang anak2 mama, menantu & cucu mama hingga ke jannah. Dah 48 dah,” tulisnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by DATUK NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin)

 

Terdahulu, Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Dato’ Wan Ariffin memuat naik foto dia menerima kejutan hari lahir dan hadiah barangan kemas di laman Instagram miliknya.

Hanya meletakkan kapsyen bersyukur atas hadiah yang diberikan, rata-rata netizen mengucapkan tahniah selain bertanyakan tarikh hari pernikahan penyanyi itu.

Sebelum ini, Nora pernah menafikan khabar angin dia berkahwin dengan ahli politik namun mengakui dirinya sudah pun dilamar seseorang untuk menjadi teman hidup.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Naluri ini memberitahu sambutan hari lahirnya pada tahun ini meriah dengan kejutan daripada keluarga dan peminat biarpun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Untuk rekod, Nora berkahwin dengan pemuzik Johan Nawawi pada 1992 dan mereka dikurniakan empat orang anak iaitu dua lelaki dan dua perempuan.

Allahyarham Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 akibat serangan jantung dan pada 13 Disember 2019 pula Nora diduga dengan kematian anak keduanya, Muhammad Syakir Aliff yang ketika itu berusia 20 tahun.

Sumber : mstar

Be the first to comment

Leave a Reply