“Otai kembali!” – Secara Rasmi, AG & Fara Fauzana Kini Berkhidmat Di Hot FM

Penyampai radio dan personaliti TV, Fara Fauzana dilaporkan kembali menjadi juruhebah radio di  Hot FM setelah hampir lima tahun meninggalkan stesen radio berkenaan.

Ini sekaligus melengkapkan trio bersama pasangan penyampai AG dan juga Fad Bocey bagi sesi pagi.

Menerusi entri di akaun Instagram, AG mengharapkan para peminat terus memberikan sokongan kepada gandingan trio terbaru ini.

“Secara rasminya hari ini saya akan keudara di Hot FM, itu kejutan yang pertama dan kejutan kedua kita ada orang ketiga iaitu saya, Fad dan Fara Fauzana.

“Teruskan beri sokongan kepada kami bertiga, InsyaAllah. Ingat ini adalah gabungan terbaru dan kami akan buatkan yang terbaik. Terima kasih banyak-banyak,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ag Azmeer (@ag_azmeer)

Bagai sirih pulang ke gagang. Selamat menceriakan hari-hari kami. Terbaiklah Hot FM. Otai kembali!” tulis netizen.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Hot FM 🇲🇾 (@hotfm976)

 

Terdahulu, Fara yang lebih mesra dikenali sebagai Fafau pernah berkhidmat bersama Hot FM selama 10 tahun sebelum mengambil keputusan mengundurkan diri pada tahun 2016 kerana ingin menumpukan perhatian kepada kerjaya peribadi dan juga bidang pengacaraan.

Sumber : MH

Be the first to comment

Leave a Reply